Thursday 12 April 2012

NONGKRONG a.k.a NGANGKUNG 2


Nongkrong a.k.a Ngangkung 2


Baru-baru ni aku tertengok iklan filem Nongkrong kat tv bape tah aku lupa lak. Cite ni aku tengok cam best jek sah2 la kelakar kan. Then aku cari la pasal cite ni tak sabar aku nak tengok (10.05.12) baru ditayangkan. So,aku tengok trailer nongkrong kat youtube. Ni aku ade letak trailer Nongkrong. Jom layann......







Sinopsis Nongkrong

Nongkrong mengisahkan tiga pemuda iaitu Aman (Angah), Bada (Sam) dan Cumi (Epy) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan yang tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor.

Cumi terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy) manakala Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga, tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka. Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil puteri laut untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat salah seorang daripada mereka bertiga iaitu Bada perlu berkahwin dengannya

Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju. Usai sahaja upacara perkahwinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan semua mereka lari lintang pukang. Bomoh pula dibunuh oleh hantu Puteri.

Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantui kehidupan mereka termasuklah menganggu Zura (Siti Aziz), isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.



Dibintangi oleh:  Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Epy Raja Lawak, Fyza Kader, Mon Ryanti, Liyana Rafiai

No comments:

Post a Comment