Sunday 22 April 2012

Cinta Gila-Dya Vanilla

Beberapa hari lepas aku dah habis baca novel yang aku beli 2 minggu lepas kot..ala yang aku post dalam koleksi novel terbaru. Aku ni kan selalu lambat beli novel yang dah kuar beberapa bulan lepas (tak kesah la asal aku dapat beli jek). Jalan cerita pun menarik sure tak boring la baca novel ni mengenai kehidupan lesbian dan gay dan akhirnya menjadi normal kembali dengan izin-Nya. Kisah cinta antara Nurislam dan Irham yang akan mencuit hati sesiapa yang membacanya termasuklah saya ye ;P Kalau nak tahu selanjutnya sila baca sinopsis kat bawah ni ye..






Sinopsis novel Cinta Gila karya Dya Vanilla

Nurislam indah namanya sesempurna ciptaan Tuhan. Namun sikap dan jiwanya yang keras menjadikan dia seperti lelaki. Akhirnya terjerat dengan cinta songsang dalam meniti arus remaja. Dia tidak peduli jika ada yang sakit hati. Dia tidak kisah jika ada yang sakit mata. Itulah dunianya. Kehadiran seorang lelaki yang dianggap mengganggu pantas saja membuat hidupnya kacau. Dialah abang angkat, musuh ketat dan merangkap suami yang dinikahi tanpa sengaja. 

Sifat Nurislam yang tidak seperti wanita lain menyebabkan dia terus-terusan jadi hinaan Irham. Hidupnya kacau semenjak dia mengenali lelaki yang berlagak macho itu. Pernikahan yang secara tidak sengaja mengundang penyesalan yang amat sangat di hati Nurislam.

“Kalaulah aku tahu kau yang jadi laki aku,tak hingin aku nak kahwin dengan kau! kaulah orang yang paling aku benci dekat atas dunia ni!” marah Nurislam.

“Habis, kau ingat aku terdesak sangatlah nak kahwin dengan kau? Sedarlah diri kau tu sikit. Rasanya tak perlulah aku cakap kau tu siapa. Kau sendiri pun tahu. Dengar sini baik-baik. Kalau tak disebabkan ayah akuyang paksa aku buat semua ni, mati hidup semula pun belum tentu aku nak kahwin dengan kau!”

Ada saja hujah lelaki itu untuk menyakitkan hatinya.Dalam keadaan keliru begitu,muncul Asyraf Haqimi cuba menawan hati Nurislam yang berhati batu itu.Sikap Asyraf yang merendah diri jauh berbeza dengan Irham.Sungguh!

“Bagilah peluang pada saya.Pandanglah ke arah saya sekali.Jangan anggap saya seperti tidak wujud.Tolong jangan layan saya begini.”

Keadaan jadi lebih gila bila Irham pula cuba mencuri perhatian Asyraf yang jelas tidak berminat dengan gay sepertinya. Dua lelaki itu akhirnya membawa Nurislam kepada persoalan misteri yang begitu sukar untuk dirungkai.

Dalam kealpaannya, seorang sahabat meninggal dunia kerana kemalangan tragis. Diari sabahatnya yang ditemui mengembalikan Nurislam pada landasan yang sebenar. Dia benci dengan takdir hidupnya. Namun, terlalu indah percaturan Tuhan untuk dipersoalkan.

Kini, dia semakin pasti gerak hatinya benar walaupun sesuatu itu tidak semestinya terjadi seperti apa yang kita inginkan. Pergilah cinta gila, pergilah buat selamanya...


Selamat Membaca :)


No comments:

Post a Comment