Wednesday 11 July 2012

Tips Penjagaan Kulit

Sharing is caring :)
Kita share la sikit pasal penjagaan kulit muka.
Tak kira la remaja ke dewasa ke wanita ke lelaki ke penjagaan kulit amat penting bagi menjaga penampilan diri. Dengan kulit kita yang bersih cantik mulus tentu lah tahap keyakinan diri pun tinggi..sape tak nak kan.. ni aku ada share beberapa tips yang mungkin boleh membantu korang yang tak seberapa mengambil berat penjagaan kulit..ni tips yang paling senang dan mudah di apply..

Langkah2 untuk menjaga kulit ialah:

1. Membersihkan kulit 

  • Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak
  • Sabun tidak memudaratkan tetapi pengunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum.
  • Pengunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering
  • Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering
  • Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna yang boleh menyebabkan radang kulit 

2. Guna pelembab selepas mandi

  • Pelembab membantu mengekalkan kelembapan kulit
  • Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit kering
  • Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembab

3. Gunakan toner

  • Toner berfungsi bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuatkan kulit menjadi kering serta mengecutkannya
4. Guna bahan pelembab mata dikeliling kelopak mata
  • Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
5. Lindungi kulit daripada cahaya matahari
  • Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu
  • Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang
6. Bersenam
  • Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah keseluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan
7. Amalkan memakan makanan
  • Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
  • Sayuran dan buah2han yang kaya dengan vitamin
8. Tidak merokok
  • Bahan2 berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
  • Boleh menyebabkan kanser

No comments:

Post a Comment