Wednesday 25 July 2012

Bunga Apakah Ini??


Bunga apakah ini..aku pun tak tau nama bunga ni..
hari tu aku gi jenjalan umah sedara then aku tengok bunga ni cantik..warna purple giteww..iloike :)
apa lagi aku mintak la anak pokok bunga ni..balik tanam..
lama kot baru berbunga hampir setahun gak baru berbunga..
sekarang hari2 berbunga.. yang dah gugur (amek yang elok) 
aku amek dan letak dalam gelas kaca (isi air tau)..tahan gak dalam 1 hari..
kalau yang dari pokok boleh tahan 3 hari kot..
aku rasa bunga ni cam spesis bunga bentuk loceng yang warna kuning tuh..
nama pokok tu pun aku tak tau hehehe







Monday 23 July 2012

Sakit + Malu

Alkisahnya...
Malam tadi lepas solat terawih..aku nak pakai selipar..
aku tengok asal selipar aku lain sebelah..
aku ingat ada orang yang tertukar selipar dengan aku..
aku tengok selipar tu cam selipar aku..
nak tak nak aku pakai je la kan..
takkan aku nak balik kaki ayam jek..

then,aku terus ke dewan makan (ade moreh ye)
dalam kepala aku dok pikir memang selipar aku kah?
masa jalan tu aku tak tengok jalan sangat ikut kaki (sambil berfikir)
tetiba aku terlanggar meja kopi kat kaki lima dewan..
hohoho
terkezut semua orang kat area dewan tuh..
dorang ingat aku tergelincir, haha
rupanya aku terlanggar meja tu..
(aku jalan dalam gelap, mana nak nampak meja tu kot)
malu2 kena gelak.

cover cun okeh..slumber jek aku masuk dewan..wat macam takde pape..
lepas tu mak aku tengok selipar aku..
hahh
kena bantai gelak dengan family aku lak..
sabar je la..

sampai umah aku tengok balik selipar aku..
hahh
kompem memang tu selipar aku..
memang aku pakai selipar lain sebelah plus aku terlanggar meja..
apa lagi kena gelak cukup2..

punya la aku tak sedar aku terpakai selipar sebelah lain..
malu aku boleh cover..huaaa
tang sakit ni dah lebam2 + bengkak kat paha
sakit okey terhincut2 aku dibuatnya...

P/S: morale of this story, aku kena lebih berhati2 di dalam gelap dan kena tengok selipar betul2..
buat malu tuan je la :(

Sunday 22 July 2012

Berpuasa di Perantauan

oppss, bukan oversea ye hehe nun kat utara malaysia jek..
dah nama nya utara mesti lah kat kedah yer...
konon2 merantau la sangat..
bukan jauh mana pun..kg aku kat pantai timur yer..
(dari pantai timur ke utara malaysia)
study kat kedah..bunyik cam dok oversea..propa jek lebeh hehe

dulu mana aku pernah jauh dengan family..sejak study kat kedah..
perghh pengalaman puasa dengan kawan2 jek..
huaaa

Masa aku sem 1, kali pertama aku berpuasa kat u..
duduk hostel 1 bilik 2 orang jek..si member lak tak makan sahur..
aku sorang jek yang bersahur ni..siap tapow mee goreng ke nasi goreng tok sahur ni..
beli awal2..tak suka aku makanan tu dah sejuk..tak selera nak makan...

so,
tok panaskan makanan tu mesti la aku guna teknik rendam dengan air panas..
ala teknik double boiled (kan senang)
begitu la kaedah nye sepanjang puasa..
jiran2 aku tak pernah buat kot..makan jek makanan sejuk tu..
ish2 benda senang kot..
kene pikior sikit la..

masuk sem2 yang seterusnya, aku curik2 guna rice cooker..masak tok aku sorang je la..
roomate aku memang pesen tak makan sahur kot..
ke malas nak bangun..suka hati depa ye..
tok isi perut aku
hahaha
aku masak nasi + kari ayam (makanan dalam tin)
kan senang..
tengah malam aku masak nasi..
time sahur aku panaskan makanan dalam tin..
lepas tu, apa lagi makan la sahur..
lambat2 kang abeh time sahur..

kalau dah boring makanan dalam tin..
aku beli ayam percik/ayam bakar kat bazar ramadan..
aku panaskan tok makan sahur..

Masa aku sem 5,6 kot (cos aku 4 tahun yer)
aku dok dengan akak senior (last sem ye)
dok berdua je tau..
paling best la..akak ni jenis makan sahur gak..
ada geng aku..akak ni gak jenis masak sendiri..
apa lagi kitorang main masak2 la..
rice cooker masing2..
aku masak makanan aku, akak senior masak makanan dia..
sendiri beli, sendiri masak..
taim sahur ada gak kawan bercakap :)

masa aku dok hostel (memang la kena dok hostel sampai abeh blajar,
u aku jek kasi budak dok hostel tak boleh dok luar) 
haaa korang dah boleh agak kan kat mana u tu kan..
of cos la uum :)

itulah pengalaman aku berpuasa kat hostel..
nak makan panas2  macam kat umah kena la pandai2 cari alternatif sendiri..
kalu tak makan je apa yang ada ;)

sekian dulu yerr..

Friday 20 July 2012

Salam Ramadan

Cepat nya masa berlalu..pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadan..
Alhamdulillah..
tahun ni dapat lagi kita mengerjakan rukun islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan..

Mulai besok kita dah start berpuasa selama sebulan.. 
bersahur dan berbuka saat yang ditunggu2 oleh semua
of cos la kan makan time..

Makan2 jugak solat terawih jangan dilupa..
asal kenyang jek mesti dah malas nak bergerak..
no no no
makan tu kita haruslah berpada2 jangan ikut nafsu makan
makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang
ingat yerr kawan2.. 

haaa kepada sesiapa yang culas berpuasa..
sila2 la bawak bertaubat dan laksanakan kewajipan anda..

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa :)

Wednesday 18 July 2012

My Name Is Omey


My name is Omey..comel tak omey ni...Omey ni anak kucing ntah generasi yang ke berapa..umur aku agak dalam 2 bulan kot..jantina berdasarkan nama yerr..
tinggal sekor ni jek..kembar dia dah takde dah..haaa kan dah takde kawan..
Dok main ngan orang je la..aku la tukang layan Omey neh...
Taim dia kecik dulu perghh geli giler aku dengan anak kucing neh (geli bukan buat2 tau)
menjerit2 aku haha penakut banyak la..
Dah besar n pandai berjalan baru aku boleh pegang hahaha dah jadi mainan aku lak..memang jadik mangsa aku :)

Gambar ni aku snap taim Omey tengah tido..


Mata dah kuyu jap lagi omey lelap


tidor dengan mata celik sikit yerr

Dah start akrobatik



teruskan



Memang terbaik punyer landing

Mata itu ada bukak



yahh 

Tu jek yang aku rajin snap..banyak lagi acrobatic yang si Omey ni buat..aku tengok sorang2 je la yerr..
kalau aku rajin nanti aku upload lagi si Omey neh.. 
Daaaaa.....

Tuesday 17 July 2012

Kerana Sebiji Epal

Hari ni aku nak start baca novel Kerana Sebiji Epal dari Shahriah Abdullah..dari sinopsis cam best jek jalan cerita nya..ok la aku nak melayan novel ni jap..


Novel: Kerana Sebiji Epal
Penulis: Shahriah Abdullah

Sinopsis


Kerana sebiji epal, Najla telah ditinggalkan Herman.Hidup Najla mula terumbang-ambing setelah ditinggalkan Herman. Setelah mengenali Khairy, Najla mula bangkit semula. Lama-kelamaan terbit rasa cinta di hati Najla. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada Datuk Nordin dan Datin Munira. Akhirnya Najla jatuh sakit. Dia telah dirawat oleh Doktor Ikmal. Doktor Ikmal pula terpegun melihat wajah Najla yang seiras dengan wajah arwah isterinya, Sheila. Dia mula menganggap Najla seperti isterinya. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Antara Herman, Khairy dan Doktor Ikmal, siapakah yang menjadi pilihan Najla? Adakah Herman? Adakah Khairy? Ataupun Doktor Ikmal?

Monday 16 July 2012

Perwatakan Anak2 Melalui FIzikal,Tarikh Lahir ,Warna dan Urutan dalam Keluarga

Aku sekadar berkongsi pengetahuan mengenai perwatakan anak2 yang mengikut kajian pakar motivasi Dato' dari Fadzilah Kamsah..kadang2 aku rasa kajian beliau mungkin tepat dari segi watak dan perwatakan seseorang dan paling penting kita kenal siapa kita dan kelebihan yang ada dalam diri sendiri..ada maklumat ni tepat dan ada jugak yang kurang tepat. .hanya diri sendiri yang tahu diri kita..

Dari Segi Fizikal


-bertubuh kurus
seorang yang agak gemuruh,kelam kabut tapi sangat kreatif.aktif dan pantas bergerak.agak penakut.suka diberi penghargaan dan belaian orang lain

-bertubuh sederhana 
suka tidur dan kuat makan.kuat semangat tetapi selalu tak fikir panjang sebelum bertindak.sensitif,mudah marah dan inginkan kesempurnaaan

-bertubuh gemuk
seorang yang tenang.penyayang,mudah bertolak ansur dan teratur bila buat kerja,agak lambat berfikir tapi ngatan tajam,cabar dan jarang marah.

Tarikh Lahir

Bulan 2,4,6,8,9,11,12

-kelam kabut,mudah tertekan,selalu nak cepat,kurang sabar,inginkan kesempurnaan,sentiasa nak cari kehebatan

Bulan 1,3,5,6,7,10,12
-tenang ,mudah bertolak ansur,mudah diajak berbincang

Bulan 2,3,4,7,8,9
-emosi tinggi,mudah melenting dan mudah tersinggung

Dari Segi Warna

Hijau
-mencintai alam sekitar,pemurah,ambil berat,penyayang,berperikemanusiaan,kritis ,banyak idea

Hitam-serius,tinggi iltizam,buat sesutu dengan bersungguh2

Putih-optimis,sabar,sangka baik,suka kedamaian

Merah Jambu-penyayang,bersungguh2,keinginan tinggi

Oren-suka kebebasasn,kreatif,aktif ,agak kelam kabut,ramai kawan,semangat tinggi

Kuning-ceria,tahan lasak,suka berkawan

Biru Muda-sensitif,beretika,suka menolong,suka bekerjasama,sedia berkorban untuk orang lain

Emas/Perak-suka kepada kejayaan


Urutan dalam keluarga

Anak Sulung-cakap serupa bikn,cemerlang di rumah dan sek, jadi model kepada adik2 ,pandai pujuk,suka kawal orang lain

Anak Tengah-suka jadi pendamai,pemurah ,mudah berkawan,suka bertolak ansur

Anak Bongsu-berani ambil risiko,bertolak ansur,peramah,kreatif

Anak Tunggal -yakin,tak bergantung pada orang lain,cemrmat,teliti dan terperinci,cita2 tinggi,pemurah

Friday 13 July 2012

Jalan-jalan Cari Pantai

Salam Jumaat..

Jumaat lepas aku dengan family bersantai2 tepi pantai..kitorang gerak petang khamis lagi stay kat chalet Tok Bali satu malam..plan asal kawan2 bapak aku yang nak stay situ and buat bakar ayam hehe kitorang satu family join gak la..
Tapi kan, kitorang gerak lewat dalam kul 7ptg baru bertolak dari rumah..sampai2 ayam pun dah siap bakar..hahh ape lagi makan time..kat  Tok Bali ujan okeh..
so, tak boleh nak mancing..boring aku tak boleh amek angin malam huhu...hmm time to sleep zZZZz..
(tak boleh tidur)


Besok nya hehe masa untuk jenjalan cari pantai..member bapak aku semua dah pagi2 ko terjun pantai haha memang very the tak best pantai kat tok bali..lantak hang pa la nak mandi ke tak..
aku?? of cos la tengok jek  baik aku mandi air paip..tak syok tok aku swim2 (tau ke aku swim2 ni OMD)..udah le tu kite tinggal cite pantai tok bali ni..kita ke tempat lain lak...

Jom ke Pasar Tani Besut..hmm pasar tani ni OMD luas dan jarak nye ayokk jauh nye dengan tempat parking..cam tak biasa..saje jek nak wat2 jakun kih3..
Tak best sangat bagi aku yang tak suke tempat crowded ni..


Kita sambung perjalanan yerr..destinasi seterusnya hmm kita ke area Bachok..
Memula ke Pantai Melawi..
pasir nya hoho cantik putih bersih cam nak guling2 jek..
Gi pantai lepas Jumaat..cuaca panas gelap kulit aku ni yang memang the gelap ni.. tapi perut belom diisi..terus cancel lepak kat melawi ni..kena carik makan dulu..



Pusing2 carik makan last2 sampai ke Pantai Irama.. 
Itu dia destinasi makan2 tepi pantai..Best2 ramai nyerr orang..
Cuci mata sat...lepas makan kita main ombakk...
Ombak Rindu ada tak??
Ombak berirama ada la..






Dah puas main ombak kan..jom2 balik...

Thursday 12 July 2012

Cik Bunga dan Encik Sombong

yea!yea! dah abeh baca novel Cik Bunga dan Encik Sombong..mak cik suke okeh haha (ape yang ko tak suke heh) best tok santai2..moh kite gelak guling2..marah sungguh adik aku taim aku gelak2 sorang2..cite romantik komedi la best boleh gelak guling2..nak tumpang sekaki haha tak payah baca la sendiri.. ade gak  yang kata novel ni tak kick sangat (ada aku kesah) pendapat masing2 kan..lain orang lain pendapat betul tak?


Novel: Cik Bunga dan Encik Sombong
Penulis : Airisz
Sinopsis:
Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.
Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.
            Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,
                “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”
            Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”
            Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?


p/s: Best2 i loike okeh (semua novel yang aku beli semua aku loike hehe)
saje nak tayang novel2 yang aku baru beli n dah abeh baca
ade lagi beberapa bijik yang belum dibaca..walaupun novel ni dah lame kuar kan 
ade aku kesah..

Wednesday 11 July 2012

Tips Penjagaan Kulit

Sharing is caring :)
Kita share la sikit pasal penjagaan kulit muka.
Tak kira la remaja ke dewasa ke wanita ke lelaki ke penjagaan kulit amat penting bagi menjaga penampilan diri. Dengan kulit kita yang bersih cantik mulus tentu lah tahap keyakinan diri pun tinggi..sape tak nak kan.. ni aku ada share beberapa tips yang mungkin boleh membantu korang yang tak seberapa mengambil berat penjagaan kulit..ni tips yang paling senang dan mudah di apply..

Langkah2 untuk menjaga kulit ialah:

1. Membersihkan kulit 

  • Mandi 1 ke 2 kali sehari, lebih lagi sekiranya anda berpeluh dengan banyak
  • Sabun tidak memudaratkan tetapi pengunaan secara berlebihan boleh menyebabkan kulit kering kerana ia menyingkirkan sebum.
  • Pengunaan air panas boleh menyebabkan kulit kering
  • Guna sabun/pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering
  • Bagi kulit sensitif, elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna yang boleh menyebabkan radang kulit 

2. Guna pelembab selepas mandi

  • Pelembab membantu mengekalkan kelembapan kulit
  • Minyak bayi (baby oil) boleh digunakan untuk kulit kering
  • Bagi kulit berminyak, tidak perlu menggunakan pelembab

3. Gunakan toner

  • Toner berfungsi bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit berminyak. Ia akan membuatkan kulit menjadi kering serta mengecutkannya
4. Guna bahan pelembab mata dikeliling kelopak mata
  • Ia boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif
5. Lindungi kulit daripada cahaya matahari
  • Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari bila perlu
  • Pelindung matahari perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas berenang
6. Bersenam
  • Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah keseluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan
7. Amalkan memakan makanan
  • Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
  • Sayuran dan buah2han yang kaya dengan vitamin
8. Tidak merokok
  • Bahan2 berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
  • Boleh menyebabkan kanser

Thursday 5 July 2012

Insomniakah Aku

Pejamlah wahai mata!! Rehatkan Minda!! Tidurlah!!

Kenapa? tak boleh tidur ye (cam aku jek)

Memang la aku ni susah nak tidur coz mata aku tak mo pejam..dah tak mengantuk caner nak tidur..kalau mata mengantuk hai lena kot aku tidur zZZZZ

Aku try cari pasal insomnia (kot2 aku tergolong dalam penyakit tak boleh tidur/susah nak zZZ)
terjumpa satu artikel pasal insomnia neh..Kalau rajin boleh baca sampai abeh..kalau malas tak payah la baca (panjang okeh) Selamat Membaca ;)


INSOMNIA
RAMAI yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.

Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.
Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.

Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.
Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.

Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.

``Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.

``Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.

Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.

Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:
* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)
* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)
* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)

Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.
``Masalah kewangan atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan biasanya berdepan dengan insomnia jenis ini,'' ujarnya.

Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.
``Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya
``Rata-rata, mereka hanya datang berjumpa doktor setelah sebulan berdepan dengan masalah ini atau insomnia yang dihidapi telah serius,'' kata beliau.

Tidur, sebetulnya merupakan satu proses yang kompleks. Mengikut kajian sains, banyak bahagian otak yang mengawal dan mempengaruhi tidur pada tahap yang berbeza-beza.
Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa. Fasa ini terbahagi kepada:
* Tidur yang membabitkan pergerakan mata tidak laju (Non Rapid Eye Movement - NREM Sleep)

Fasa ini akan berlaku dalam tempoh satu jam pertama tidur. Ia membabitkan:
a. Tahap I - Rasa mengantuk
b. Tahap II - Tidur-tidur ayam
c. Tahap III dan IV - Tidur mati.

Seperti gear kereta, tahap ini boleh berubah-ubah dengan bermula dari tahap I ke tahap II atau sebaliknya mengikut urutan.
* Tidur yang membabitkan pergerakan mata laju (Rapid Eye Movement - REM)
Fasa ini berlaku dalam tempoh dua jam pertama selepas tidur. Pada fasa ini individu terbabit akan bermimpi, pergerakan mata menjadi laju, berdengkur lebih kuat dan otot-otot kerongkong menjadi kendur.
Peringkat tidur ini dibahagikan kepada beberapa tahap melalui rakaman gelombang otak (EEG) dengan persetujuan antarabangsa.

Rakaman ini bagaimanapun, memerlukan jangka masa yang panjang.
Menurut Prof. Raymond, setiap individu mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza. Justeru, sebetulnya, tiada satu tempoh piawaian berapa lama seseorang perlu tidur.
``Secara puratanya, sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari.

``Ada sesetengah yang lain masih dapat `berfungsi' dengan baik keesokan harinya sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja,'' jelasnya.
Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap. Beliau menegaskan, penggunaan pil tidur seharusnya dielakkan kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga menyukarkan proses mencari punca seseorang sukar tidur.
Selain itu, penggunaan jangka masa panjang atau dos yang berlebihan selama sebulan boleh mengakibatkan kematian. Malah, ada yang menyalahgunakan pil tidur untuk membunuh diri.
Bagaimanapun, pil tidur hanya akan diberikan dalam jangka masa yang singkat dan mereka yang benar-benar memerlukan.

``Sebagai contoh, kemungkinan individu terbabit perlu menghadiri sesi ditemu ramah keesokan harinya yang memerlukan dia tidur secukupnya,'' ujarnya.

Apa itu insomnia?
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia
* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.
* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.
* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia
* Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.
* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.

A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia

B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu
sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
* High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain

Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:

* Insomnia akut
Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:
a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah
b. Sakit yang ringan
c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,
d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.

* Insomnia kronik
Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

TIPS
* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

Tuesday 3 July 2012

Miss Pisau Cukur

Pap (bunyi tutup buku) dah abeh pun aku baca novel ni..boleh tahan jalan cerita nya..agak menarik dan tak membosankan..syabas kepada penulis novel ni..aku follow novel Siti Nur Dhuha dari first novel dia sampai novel yang terbaru ni.. thumb up ;)



Sinopsis
Amera, anak angkat yang dijadikan tempat melepaskan dendam dan geram Ku Afnan Zakirin iaitu, anak Tan Sri Ku Ali kerana Amera disangka anak perempuan simpanan ayahnya. Sehinggalah terjadi satu tragedi berdarah, Amera terbunuh angkara Ku Afnan Zakirin. Kemunculan Nurul, si gadis bermata duitan telah berjaya menawan hati Ku Afnan. Meskipun kehadiran Nurul semata-mata inginkan kemewahan dan kesenangan, Ku Afnan Zakirin tetap ingin memiliki gadis itu. Pada masa yang sama Nurul telah jatuh hati pada Jeff, anak datuk yang berlagak miskin. Namun, lamaran Ku Afnan sebagai kekasihnya lebih menarik berbanding Jeff yang langsung tidak memenuhi sasarannya sebagai Miss Pisau Cukur. Mampukah kuasa cinta bisa merubah prinsip Nurul bahawa wang bukan segala-galanya?

Monday 2 July 2012

Blog Saya Berwajah Baru

Ting Tong!! Ting Tong!!

Hari rajin sedunia melanda aku hari ni (rajin la sangat)- xoxo
Bila taim rajin aku datang neh aku tukar template baru haha dah macam diari aku kot..
Puas aku godek2 benda alah ni, finally siap gak walau pon tak berapa nak siap sangat..ok lerr janji aku suka  (blog aku kot)

Ada lagi kot yang aku tertinggal neh, nanti lah aku slow2 makeup and touch up apa yang patut tok men'cun'kan belog sayer yerr..bukan tok orang lain pun tok sayer2 aje lerr (tempat aku kumpul info tok diri sendiri dan share dengan yang sudi menjadi kawan aku LOL ;)

Tu je la dulu cer aku tok hari ni..aku nak sambung sket lagi touch up..peace

Sunday 1 July 2012

Kenduri @ Kepala Batas

Jalan-jalan pi kenduri (kita tukar lirik sikit ;)

Semalam aku dengan family jalan2 pi kenduri kawin anak kawan bapak aku kat area Putra Bertam kat Kepala Batas..First time wehh aku sampai area tuh.. Semangat kot kul 9.00 am dah gerak pi Penang.. Sampai sana dalam kul 12.00 pm..makan taim lalalala

Tapi sayang nya (geram tahap tak henggat) bleh lak aku tertinggal camera kat umah..aisehmen cam mano aku nak amek gambo neh...nak guna camera hp aku hahh memang tak boleh buruk kot gambo nye.. makanya tiada gambar haha (padan muka aku)..

Itu semua tak penting..sorru lagi penting..perot aku dah bunyik mintak makan...kita makan dulu..
Syok2 dapat makan nasik minyak (sedap bangettt) + layan band (lupe lak name band tuh)..lagu2 lama okeh layan kan aje..

Rupa2nya catering tuh milik pengantin lelaki..wahh patut la sedap haha betol2 makan nasi minyak..bak kata pepatah sambil menyelam minum air lettew..promotion ok.. meriah cik jahh oiii....kepada pemilik catering sila2 buat promote masa kenduri kawen anda yerr..terbaikk ah...

Lepas makan apa lagi cau cin cau la.. ronda2 penang sat sebelum balik.....daaaa