Wednesday 20 June 2012

Buah Kiwi Kaya Vitamin

Baru2 ni aku ada terbaca mengenai buah kiwi yang mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan. Mungkin tak ramai yang tahu khasiat yang ada dalam buah kiwi ni.. So, hari ni aku share pasal buah kiwi. Aku sendiri pun baru tahu rupanya kiwi ni banyak vitamin selain vitamin C dan E. Rasa kiwi ni toksah cakap la memang sedap yang hijau ke emas ke aku makan jek asalkan sodap.. untuk tahu khasiat kiwi ni sila la baca ye :)


Golden Kiwi



Green Kiwi



Buah kiwi sama ada warna hijau dan emas adalah sumber baik untuk serat makanan, vitamin C, potasium, asid folik, vitamin E, karoteniod dan antioksidan. Ia juga mempunyai kandungan indeks glikaemik dan lemak yang rendah dan sesuai dimakan sebiji sehari.

Selain kandungan vitamin C yang tinggi, buah kiwi juga mempunyai vitamin A dan E. Vitamin C diketahui umum sebagai vitamin diperlukan badan dan juga antioksidan yang larut air kerana ia penting untuk melindungi badan daripada bendasing serta melindungi badan dari serangan jantung, kanser dan obesiti. 

Vitamin E penting sebagai elemen antiokasida dan diperlukan untuk melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung (UV), pencemaran, dadah dan unsur asing yang boleh merosakkan kulit. Buah kiwi mempunyai vitamin E yang menyamai vitamin C.

Selain itu, buah kiwi mempunyai serat tinggi untuk mengawal kandungan gula dalam darah dan menghindari kanser kolon dengan mengeluarkan toksin daripada kolon dan menyahkannya melalui sistem perkumuhan.

Serat ini mengurangkan kandungan kolestrol, meningkatkan fungsi jantung dan meminimumkan serangan jantung. Menurut kajian, kiwi dapat meningkatkan ketahanan tubuh, meningkatkan pencernaan dan prestasi otot selain kerosakan sel.

Mengambil buah kiwi ketika makan boleh mengurangkan tekanan oksidatif keatas badan selepas makan, terutama makanan tinggi lemak. Penyelidikan di Amerika Syarikat menunjukkan orang yang mengambil kiwi ketika makan atau sesudah makan menunjukkan penurunan petanda tekanan oksidatif. 

Pengambilan hanya dua biji buah kiwi sehari dapat membantu mengurangkan kadar kerosakan oksidatif terhadap sel andadan memperbaiki DNA rosak disebabkan tekanan oksidatif. Ini terbukti dalam kajian di New Zealand dan Eropah.

Buah kiwi juga sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Ianya diiktiraf sebagai pencernaan semula jadi, ini adalah gabungan unik serat makanan dan komponen lain dalam buah kiwi. Selain itu, ianya berupaya meningkatkan fungsi sistem daya tahan menjadi perlindungan semula jadi yang membantu kita melawan stress, inflamasi dan serangan bakteria serta virus.


2 comments:

  1. say suka buah kiwi ..terbaik dari alam tuhan syukur

    ReplyDelete
  2. yup.,buah kiwi sedap.. suke buah kiwi juge =)

    done follow ur blog..follow me back =)
    http://arienaborealis.blogspot.com/

    ReplyDelete