Pap (bunyi tutup buku) dah abeh pun aku baca novel ni..boleh tahan jalan cerita nya..agak menarik dan tak membosankan..syabas kepada penulis novel ni..aku follow novel Siti Nur Dhuha dari first novel dia sampai novel yang terbaru ni.. thumb up ;)
Sinopsis
Amera, anak angkat yang dijadikan tempat melepaskan dendam
dan geram Ku Afnan Zakirin iaitu, anak Tan Sri Ku Ali kerana Amera disangka
anak perempuan simpanan ayahnya. Sehinggalah terjadi satu tragedi berdarah,
Amera terbunuh angkara Ku Afnan Zakirin. Kemunculan Nurul, si gadis bermata
duitan telah berjaya menawan hati Ku Afnan. Meskipun kehadiran Nurul
semata-mata inginkan kemewahan dan kesenangan, Ku Afnan Zakirin tetap ingin
memiliki gadis itu. Pada masa yang sama Nurul telah jatuh hati pada Jeff, anak
datuk yang berlagak miskin. Namun, lamaran Ku Afnan sebagai kekasihnya lebih
menarik berbanding Jeff yang langsung tidak memenuhi sasarannya sebagai Miss
Pisau Cukur. Mampukah kuasa cinta bisa merubah prinsip Nurul bahawa wang bukan
segala-galanya?
No comments:
Post a Comment