Thursday, 12 July 2012

Cik Bunga dan Encik Sombong

yea!yea! dah abeh baca novel Cik Bunga dan Encik Sombong..mak cik suke okeh haha (ape yang ko tak suke heh) best tok santai2..moh kite gelak guling2..marah sungguh adik aku taim aku gelak2 sorang2..cite romantik komedi la best boleh gelak guling2..nak tumpang sekaki haha tak payah baca la sendiri.. ade gak  yang kata novel ni tak kick sangat (ada aku kesah) pendapat masing2 kan..lain orang lain pendapat betul tak?


Novel: Cik Bunga dan Encik Sombong
Penulis : Airisz
Sinopsis:
Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.
Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.
            Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,
                “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”
            Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”
            Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?


p/s: Best2 i loike okeh (semua novel yang aku beli semua aku loike hehe)
saje nak tayang novel2 yang aku baru beli n dah abeh baca
ade lagi beberapa bijik yang belum dibaca..walaupun novel ni dah lame kuar kan 
ade aku kesah..

No comments:

Post a Comment