Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Monday, 25 June 2012

Rawat Jerawat dengan Kunyit

Why not hari ni aku story pasal kunyit..Quite boring right? But u olls tau tak kelebihan yang ada pada kunyit ni.. Tahukah anda kunyit bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi kunyit juga boleh digunakan dalam merawat kecantikan diri.. 


Kunyit Hidup


Aku ada terbaca pasal kunyit ni kat satu majalah ni so, aku rasa nak share manfaat kunyit ni.. 



Kunyit dikenali dengan nama Latin Curcuma Domestica yang merupakan tanaman ubat asli dari Asia Tenggara. Kandungan zat pewarna kuning (curcumin) pada kunyit diyakini memiliki sifat anti-inflamasi (anti-keradangan), antiseptik dan pengeringan yang semuanya boleh membantu mengubati jerawat. Anti-inflamasi berfungsi membantu mengurangkan kemerahan yang berkaitan dengan jerawat.


Sementara antiseptik membantu membersihkan kulit daripada kotoran yang menyebabkan jerawat. Sekiranya jerawat kamu disebabkan oleh kulit berminyak yang berlebihan, kunyit dapat membantu untuk menyerap sebahagian daripada minyak berlebihan.


Ada beberapa petua yang boleh dimanfaatkan daripada kunyit untuk mengubat jerawat:
  1. Ambil segelas susu panas dan campurkan dengan satu sudu teh kunyit ke dalamnya. Kacau rata sehingga warna susu berubah menjadi kuning. Minum sekali sehari, sebaik2nya sebelum tidur. Cara ini akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk melawan jangkitan bakteria sehingga cepat menyembuhkan jerawat.
  2. Kunyit boleh terus disapu pada kulit untuk mengubati dan mencegah jerawat. Sapukan serbuk kunyit yang dicampurkan dengan air ke bahagian yeng berjerawat sekali atau dua kali sehari selepas membersihkan kulit.
  3. Menggunakan kunyit sebagai skrub untuk menghilangkan bekas luka jerawat. Ambil dua hingga tiga sudu teh serbuk kunyit, satu hingga dua titis jus lemon dan campurkan dengan satu hingga dua titis minyak zaitun atau minyak jojoba. Sapukan rata pada wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.





Hah u olls pernah tak badan gatal2 cam naik ruam..Aku pernah kena kalau tak silap kesah nya tahun lepas kot.. Badan aku gatal2 naik ruam kot, memang gatal yang amat.. Then aku try amek kunyit hidup campur dengan beras pastu tumbuk lumat la. kiranya buat cam lulur badan.. Insyallah lepas tu kurang la sikit rasa gatal2 kat badan aku..Aku amalkan dalam 2,3 kali gak la, akhirnya hilang la gatal2 tu Alhamdullillah..


Cara2 lulur/skrub buatan aku :-)


1 genggam beras (rendam selama 15 minit)
1 inci kunyit hidup
1 sudu makan madu
Sedikit perahan lime/lemon


Tumbuk beras bersama kunyit hidup sehingga halus/lumat (jangan kasar sangat nanti sakit kulit).
Kemudian masukkan madu dan perahan lime/lemon (asalkan limau jek) dan gaul rata.
Sapukan rata pada wajah dan badan dan biarkan sehingga kering. (wat macam pakai skrub).
Akhir sekali bilas sampai bersih..

Hasilnya wajah lebih berseri dan kulit menjadi lebih anjal bukan tu aje kulit pun lebih halus mulus..

Selamat Mencuba :)

Thursday, 26 April 2012

Manfaat coklat untuk Kesihatan

C.H.O.C.O.L.A.T.E!!!!!!!!!!  i loike especially DARK CHOCOLATE...yum2..meh kita story manfaat coklat terhadap kesihatan kita..


Coklat  ni bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan. Hurmm, coklat juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Namun satu manfaat yang mungkin ramai orang suka termasuklah saya iaitu coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.
Antaranya:
1)Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2)Kulit sentiasa lembap dan segar.
3)Menegang dan menghaluskan kulit.
4)Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5)Mencegah kedutan pada wajah.


Bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin bagi menjaga kecantikan seharian iaitu sebagai:


Pelembut Kulit
Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja,ia ternyata bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semula jadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit kamu sentiasa lembut.


Melambatkan Kedutan
Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan catechin merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.


Mengurangkan Parut
Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan garis-garis halus,mengurangkan bekas parut dan stretch mark.


Selamat mencuba :)

Thursday, 19 April 2012

Pelunturan Untuk Kulit Lebih Putih

Hari ni aku nak share sikit info mengenai pelunturan kulit supaya kulit menjadi lebih putih yang semakin digemari ramai. Ada pro dan kontra apabila kita melakukan pelunturan kulit ni.


putih

Namun mungkin masih ada yang kurang mengetahui tentang teknik ini. Pelunturan kulit merupakan teknik menghilang atau mengurangkan pigmen berwarna gelap yang dikeluarkan oleh sel melanosit sehingga menghasilkan kulit yang lebih putih dan cerah.Pelunturan kulit mampu bertahan selama dua hingga tiga bulan. Teknik ini dikatakan tidak berbahaya terutama jika ia dilakukan dengan betul. Walau bagaimanapun kamu haruslah mengetahui jenis kulit kamu supaya tidak terjadinya alergi setelah melakukan pelunturan atau mengakibatkan gatal-gatal pada kulit. Gatal-gatal yang terjadi setelah proses pengelupasan boleh disebabkan oleh dua perkara iaitu kulit sensitif dan faktor jangkitan ringan yang bersifat sementara.

Biasanya gatal-gatal sementara itu ialah proses keserasian yang terjadi antara kulit dan krim pelunturan. Setelah itu, gatal-gatal akan hilang dengan sendirinya. Hasilnya sudah dapat dipastikan, kulit menjadi lebih putih dan tampak bercahaya. Bukan hanya kulit saja, namun rambut pada daerah di sekitar tubuh yang dilunturkan itu juga akan berubah warnanya menjadi lebih cerah dan menyerupai warna kulit. Teknik ini berkesan dalam waktu yang pantas.Bahagian seperti tangan atau kaki hanya memerlukan waktu kurang daripada setengah jam. Tetapi untuk keseluruhan badan, kamu memerlukan waktu kira-kira satu jam setengah, bergantung pada jenis dan warna kulit kamu. Meskipun tidak berbahaya, pelunturan pada dasarnya akan mengubah warna pigmen melanin kulit.

Penggunaan untuk jangka panjang dan kurang hati-hati dalam proses penggunaannya boleh menyebabkan terjadinya kanser kulit. Oleh sebab itu,jika kamu tidak mahir atau tidak biasa melakukannya, sebaik-baiknya dapatkanlah bantuan daripada pakar dan jangan sesekali mengaplikasikannya sendiri.



**PS: Jangan lah menyakitkan diri sendiri demi kecantikan yang tak kan kekal lama. Kulit putih ke hitam ke semua kurniaan daripada Allah S.W.T tak usah lah kita cuba untuk mengubah kejadian-Nya. Bersyukurlah dengan kejadian-Nya. Amin

Friday, 13 April 2012

Oh Mataku Sembab


Aku ni kan spesis tidur lambat kadang2 ade gak taim sampai tak boleh tidur (jarang-jarang bak kata nujum pak belalang), hah kompem la mata sembab kan. Malu wehh nak jumpa orang dengan mata camtu kan. Apa lagi kalut la aku nak menghilangkan mata sembab ni so aku guna la cara yang cepat dan mudah dengan menggunakan Garnier Eye Roll-On untuk mengurangkan  kesan sembab pada mata. Sejak aku guna produk ni lebih praktikal la dan kesembapan mata aku berkurangan then touch up la sket dengan compact powder tak pun aku tempek2 dengan BB cream boleh la sorok mata sembab tu.








Aku nak kongsi gak la beberapa petua tradisional (petua orang2 tua) yang selalu aku amalkan selain guna eye roll-on iaitu: 



  1. Timun mengandungi astrigen yang boleh membantu menyegarkan mata yang bengkak atau sembab. Ambil hirisan timun dua keping (seelok-eloknya timun yang disimpan dalam peti sejuk). Letakkan hirisan timun di atas kelopak  mata dan biarkan selama 10-15 minit.
  2. Teh-cuci uncang teh yang telah digunakan dan disimpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 10-15 minit. Letakkan pada bahagian mata yang sembab sambil berehat setiap kali sebelum dan selepas bangun tidur. Lakukan dalam tempoh 15-20 minit beberapa kali seminggu.
  3. Ketulan ais juga boleh digunakan dengan menggosokkan ketulan ais pada bahagian lingkaran mata yang sembab atau bengkak secara perlahan-lahan mengikut arah bertentangan (ke arah dalam seperti lawan arah jam).
Sebenarnya banyak lagi cara untuk hilangkan mata sembab ni korang boleh la search kat internet ye. Petua yang lain tu aku tak pernah try so aku tak boleh cakap keberkesanannya korang boleh la try sendiri. 

Try ur self :)

Wednesday, 4 April 2012

Daun Bunga Raya Hilangkan Gatal Kepala



Daun Bunga Raya





Dua hari lepas kepala aku gatal sangat sampai luka-luka kulit kepala aku (bukan kelumumur tau tapi naik ruam2). Aku ni malas lak nak gi klinik so, aku amek daun bunga raya 4-5 helai then ramas daun dengan air sampai kuar lendir, pastu aku lumur kat kulit kepala. Rasa sejuk sangat (cam nak terbang jek hehe coz kepala aku rasa nyaman). Aku biar dalam 15 minit then bilas lah. Aku amalkan dalam beberapa kali. Hasilnya, ruam2 kat kepala aku dah hilang dan rambut aku lak jadi lembut jek.

Ni la petua dari orang tua untuk hilangkan kegatalan kulit/ruam2 kat kepala. Selalu gak aku amalkan tiap kali naik ruam/gatal kepala.

Daun bunga raya ni mempunyai antioksidan yang dapat mengawal tahap kolestrol dalam badan kita. Banyak gak khasiatnya untuk menyejukkan suhu badan, melembutkan rambut, menghitamkan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Caranya sama jek amek daun dan ramas dengan air sampai kuar lendir, sapu kat kepala then amalkan beberapa kali insyallah akan hilang gatal kepala tu. 


Selamat mencuba :)