Aku ni kan spesis tidur lambat kadang2 ade gak taim sampai tak boleh tidur (jarang-jarang bak kata nujum pak belalang), hah kompem la mata sembab kan. Malu wehh nak jumpa orang dengan mata camtu kan. Apa lagi kalut la aku nak menghilangkan mata sembab ni so aku guna la cara yang cepat dan mudah dengan menggunakan Garnier Eye Roll-On untuk mengurangkan kesan sembab pada mata. Sejak aku guna produk ni lebih praktikal la dan kesembapan mata aku berkurangan then touch up la sket dengan compact powder tak pun aku tempek2 dengan BB cream boleh la sorok mata sembab tu.
Aku nak kongsi gak la beberapa petua tradisional (petua orang2 tua) yang selalu aku amalkan selain guna eye roll-on iaitu:
- Timun mengandungi astrigen yang boleh membantu menyegarkan mata yang bengkak atau sembab. Ambil hirisan timun dua keping (seelok-eloknya timun yang disimpan dalam peti sejuk). Letakkan hirisan timun di atas kelopak mata dan biarkan selama 10-15 minit.
- Teh-cuci uncang teh yang telah digunakan dan disimpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 10-15 minit. Letakkan pada bahagian mata yang sembab sambil berehat setiap kali sebelum dan selepas bangun tidur. Lakukan dalam tempoh 15-20 minit beberapa kali seminggu.
- Ketulan ais juga boleh digunakan dengan menggosokkan ketulan ais pada bahagian lingkaran mata yang sembab atau bengkak secara perlahan-lahan mengikut arah bertentangan (ke arah dalam seperti lawan arah jam).
Sebenarnya banyak lagi cara untuk hilangkan mata sembab ni korang boleh la search kat internet ye. Petua yang lain tu aku tak pernah try so aku tak boleh cakap keberkesanannya korang boleh la try sendiri.
Try ur self :)
No comments:
Post a Comment