Petang tadi aku plan nak cuci kereta yela dah lama aku tak sental daki-daki kat badan kereta ni.. Baik nye aku plan lam 5.50pm ujan turun dengan lebatnya sekali ngan ribut ade la beberapa minit. Terbantut tahap kerajinan aku tok kerja2 amal hahaha. Taim tu aku dengar bunyi ujan kuat semacam rupe2nye ujan lebat beserta ngan ujan manik. Mula2 aku ingat ujan batu mak aku cakap tu ujan manik kecik2 cam manik jek. Sempat gak la aku kutip manik2 jatuh (gambar tak sempat nak amek coz manik kecik jek cepat lak cair nye). So, aku letak gambar google ye. Manik yang aku kutip tu kecik sket la dari gambar google tu. Ni la first time aku tengok ujan manik sempat gak la aku sentuh sejuk macam ais jek. Excited giler aku haha siap kejut adik aku tengah tidur suruh tengok air batu/manik (hover tol kih3)
Ni aku kongsikan sedikit info mengenai Hujan Air Batu.
Hujan Air Batu |
Hujan Air Batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm-50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa.
Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, dimana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.
No comments:
Post a Comment