Sunday, 15 April 2012

Calon Jodoh Untuk Adik


Malam tadi aku finish kan baca novel Calon Jodoh Untuk Adik karya terbaru Areila Sahimi selepas novel Yes, Boss!. Memang terbaik la karya beliau puas hati dalam 1 hari jek aku dah habis baca. Kalau nak tau best ke tak korang try baca sendiri. Bagi aku memang best la.


Sinopsis Novel

'Mengangkat' Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Dia dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia!

Tanpa boleh berkata tidak, dia akur apabila itu adalah permintaan terakhir daripada Azmer yang perlu dituruti. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja 'tembakan peluru torpedo' yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee....Bersabar itu separuh daripada iman.

Sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arahbila abang dah tak ada. Lupakan ajelah perkara yang dah lepas tu. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik. Percayalah hati.

Tetapi dia cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada kakak yang lain. Cukuplah Kak Ina, tak perlu ada kak Maisarah. Sakitnye hati bila Abang Ee berbaik-baik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee.

Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak 'madukan' mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!


No comments:

Post a Comment