Monday 28 May 2012

Kenduri Kendara

Sekarang musim cuti sekolah jadi ramai yang mengambil kesempatan dengan mengadakan majlis perkahwinan.. Aku ucapkan TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sesiapa sahaja yang menjadi pengantin baru.. Sepanjang cuti sekolah dua minggu ni banyak undangan daripada kawan2 dan keluarga terdekat mahupun jauh..

Semalam ada 5 undangan yang perlu hadiri malang nya hanya 2 undangan sahaja aku dan keluarga dapat pergi selebih nya maaf tak sempat ke majlis anda..

Dalam perjalanan ke majlis perkahwinan di Besut,Ganu meriah kemain sepanjang jalan ada dalam lebih kurang 10 majlis perkahwinan.. Wahh, macam2 warna canopi ada purple, kuning, coklat, biru, hijau, merah (banyak lak nak sebut macam2 ada).. Suka hati aku tengok (gambar xde yeh-malas nak snap hehe)

Ada satu area tu kalau tak silap area ganu kot, pengantin siap bergambar dengan vespa (comey lak aku tengok) haha bukan pengantin yang comey tapi vespa yang comey hik3 jangan mare yeh pengantin..
yang steady nya of cos la photographer (tonggang terbalik penuh bergaya) caya lah..

Tapi kan, sepanjang jalan ya allah banyak nya kereta dah cam musim raya jek.. Kereta kemainya banyak, ramainya orang balik kampung musin2 cuti sekolah ni.. apa2 pun memang meriah sangat.. yang tak best nya treler bawak habuk kayu menyebabkan perjalanan aku slow jek.. menyemak tol kalau ada treler yang bawak muatan lebih ni.. disebabkan treler tersebut aku lambat sampai ke tempat yang dituju (ayat kemain skema plus tunggang langgang :p)

Aku sampai kat Besut pun dah kul 5 lebih, kawan punya pasal lambat pun aku gi la.. kerana sahabat :)
masa sampai tu orang dah tak ramai, almaklumlah dah petang sangat.. kira ok la ade gak abang DJ dok pasang lagu2.. idok le boring sangat..
Makan2, sembang2 jap then balik..

Kepada kawan masa kecik, 
aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU moga kekal ke akhir hayat.. amin


Sorry hari ni story aku takde gambar ye...aku story mory jek..hari yang malas tok snap2 gambar hehe

c u next story mory :)


No comments:

Post a Comment