Baru2 ni aku ade post mengenai kenali warna kegemaran dan personaliti diri kan..
Sharing is caring right?
So, hari ni kita bercerita mengenai warna dan emosi lak..
Mengikut kajian, warna adalah terapi yang baik untuk mengawal emosi dan warna juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita..
Sharing is caring right?
So, hari ni kita bercerita mengenai warna dan emosi lak..
Mengikut kajian, warna adalah terapi yang baik untuk mengawal emosi dan warna juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita..
Setiap warna ada kelebihan dalam mempengaruhi emosi seseorang dan mengawal tekanan yang dihadapi..
Let's check it out :)
WARNA MERAH dapat HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. So kalau rasa sakit kepala, boleh la try macam ni, cuba letakkan tuala lembab berwarna merah di atas mata korang. Cara tersebut mampu meningkatkan peredaran serta melonjakkan adrenal korang. Rasa lebih segar dan bertenaga.
WARNA BIRU dapat MENGURANGKAN TEKANAN
Anda rasa tertekan? Okey cuba buat macam ni, fokuskan mata korang kat benda atau objek berwarna biru. Ini kerana, ianya berupaya merangsang suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Kalau yang kejenya mengadap komputer tu, cuba ubah "screen saver" computer korang kepada warna-warna yang dapat membuatkan korang rasa tenang dan mengurangkan rasa tegang yang dialami.
WARNA MERAH JAMBU dapat ELAKKAN INSOMNIA
Ramai antara kita mengalami masalah sukar untuk tidur dengan selesa diwaktu malam, apa kata korang cuba petua ini. Hias la bilik tidur korang dengan warna merah jambu kerana kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana romantik dan tenang..Jom hias :)
WARNA JINGGA dapat CERIAKAN MOOD
Apabila korang rasa murung atau korang cuba untuk mengembalikan tenaga korang, cubalah pakai pakaian yang berwarna jingga. Insyaallah mood korang akan berubah.
WARNA HIJAU dapat LENYAPKAN KELETIHAN
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. Dalam Islam pun warna hijau adalah warna syurga dan warna yang disukai Rasulullah s.a.w. So kalau rasa letih, penat apa kata tengok la pokok-pokok yang rimbun menghijau ataupun pakailah pakaian berwarna hijau untuk menaikkan semangat.
p/s: Banyak lagi aku nak share pasal warna ni, tak pe next time aku share lagi.. Hurm, aku rasa nak share pasal bulan kelahiran dan personaliti lak.. amacam ok x?
No comments:
Post a Comment