Hari ni aku nak share info about stress.
Korang tau tak apa itu stress? of cos la semua orang tau kan, tak payah aku nak story panjang2. Dipendekkan cerita :-
Stress itu normal. Sama ada semasa belajar, bekerja ataupun tekanan daripada orang sekeliling, ia masalah biasa yang sering dialami oleh manusia. Setiap individu mungkin mempunyai cara berbeza dalam berdepan stress. Jangan sesekali menganggap stress itu menyusahkan. Anggaplah ia sebagai cabaran dan bersedia dengan pelbagai solution.
Beberapa tips yang boleh dikongsi bersama mengatasi stress iaitu:
Tidur
Percaya atau tidak, tidur mampu meringankan beban yang berkeliaran di dalam minda anda. Otak manusia berehat semasa tidur dan andapasti berasa lebih tenang selepas bangun. Harus diingat, elakkan juga dari tidur terlalu lama kerana boleh mengundang penyakit lain pula.
Menangis
Tip yang agak tipikal tetapi jauh lebih baik daripada menjadikan orang lain sebagai punching bag anda atau melakukan penderaan emosi seperti memaki hamun dan bersikap kasar. Menangislah sepuas-puasnya agar anda dapat berasa lega.
Dengar Muzik
Salah satu terapi minda yang boleh menghilangkan seketika stress yang dialami. Alunan muzik yang perlahan boleh membantu minda anda berada pada tahap tenang. Pasang muzik di komputer pejabat, di rumah mahupun semasa memandu untuk membangkitkan suasana lebih segar.
Luangkan masa untuk diri sendiri
Inilah masanya untuk anda bersendiri dan melupakan seketika aktiviti di pejabat, kolej atau rumah. Berikan diri sendiri masa untuk berfikir dan bertenang kerana ia memudahkan anda menemui jalan penyelesian. Pilihlah tempat yang selesa dan tiada orang mengenali anda disitu.
Berkongsi masalah dengan seseorang
Luahkan kepada teman rapat yang anda boleh percayai. Berkongsi masalah perlu bagi mengelakkan fikiran dari bertambah kusut. Anda pasti lega apabila dapat meluahkan masalah dihadapi. Mungkin teman anda boleh menyumbangkan nasihat bernas kepada anda.
That's all for today :)
That's all for today :)
No comments:
Post a Comment