Adakah anda mempunyai
WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda?BIRU? MERAH? HIJAU? KUNING? HITAM? PUTIH? Sedarkah anda bahawa warna yang
menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak
anda.Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh
yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.Ahli fisiologi dan
psikologi menjelaskan ada 4 warna primer iaitu:
- MERAH
- HIJAU
- KUNING
- BIRU
Walaupun tidak
diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna
tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang
berbeza-beza. Bahkan sejak dulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai
pengaruh terhadap manusia.
Kini,
penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warna telah dimanfaatkan secara
meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainana dan sebagainya.
OK..mari kita lihat
apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.
MERAH
Warna ini
melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin
cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasaan.
Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan
keberahian.
Merah
Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan
kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya :
Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.
Merah
Jambu :
Warna ini melambangkan romantik,
feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan,
kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.Warna ini melambangkan ketenangan yang
sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan
tarikan nafas.
BIRU
Biru
Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang
mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak
Mudah Tersinggung, Ramai kawan.
Biru
Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan
cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah
Fikiran.Pengaruhnya
: Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.
KUNING
Warna ini melambangkan kegembiraan.
Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan
masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit
dan semangatnya juga tinggi.
Kuning
Terang :
Warna ini
melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana
tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.Pengaruhnya :
Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.
HIIJAU
HIJAU:
Warna ini
melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai
keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat :
meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang
yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.
KELABU
KELABU
Warna ini tidak menunjukkan makna yang
jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan
kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.
HITAM
HITAM:
Warna ini melambangkan kesedihan dan
keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan,
kerosakkan dan kepunahan.
COKLAT
COKLAT:
Warna ini seringkali menunjukan
ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak
ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa
depan.
UNGU
UNGU:
Warna ini adalah campuran warna merah
dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna
tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan
mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan
positif.
No comments:
Post a Comment