Friday, 29 June 2012

Aku Bukan Jiwang!!!

Cam power giler statement tuh...poyo tak? poyo tak? dah cam tajuk filem hahaha (gelak jahat).. 


Alkisahnya..

Fav aku beli dan baca novel..majoriti koleksi novel aku banyak novel cinta..Maka bermula lah story mory aku....

Tempat: Office Aku
Masa: Boss takde

Aku tak suka buang masa dengan kerja2 membuat ketupat so,taim2 aku free kat office (line clear boss takde) mula la aku baca novel "Hikayat Cinta-Ratu Bulan".. Tajuk novel ni secara terang-terangan akan menunjukkan kita seorang yang jiwang (jiwang ker). tengah syok layan novel ni, datang la seorang alien  dengan selamber badak men'sound' aku "Hoi jiwang karat"..terkezut aku yang syok2 baca novel ni...sadap tol ko panggil aku cam tuh... "Aku bukan jiwang lah !!!!"

Aku ter'sound' gak hak2 Aku Ada, Kau Ada? ko jelez ngan aku kan..
haa kau dengar la ceramah dari ustajah tak bertauliah ni..merah muka kena dengan aku..nasib baik tahap keimanan aku tinggi..(slow talk okeh tak baik meninggikan suara)

Betul ke orang baca novel ni jiwang? i don't think so..kalau tak de jiwa memang tak lengkap la hidup ko tu.. 
Tak suka betol aku bila orang chop aku jiwang, nak jek aku plengkik (dush2)..Loh takkan aku suka baca novel, orang chop aku cam tu..Baca novel tak semestinya orang tu jiwang ke bunga ke ape2 jela..baca novel ni cam ko layan tv or filem..yang tu ko dapat tengok orang berlakon..novel ni lak ko bayangkan aje cam filem..same je kot.. sama tapi tak serupa..

Novel ni best apa banyak pengajaran dan pengalaman hidup yang kadang kala berlaku dalam kehidupan sekeliling kita yang boleh diambil iktibar bukan semata2 jiwang or tangkap leleh okeh.. yang penting jangan terlampau obses or letakkan diri umpama watak dalam novel..kita2 novel2..

Moral of this story, akan ku baca novel sampai lebam..peduli hapa haku..Aku Ada, Kau Ada?


Tuesday, 26 June 2012

Takdir Itu Milik Aku


Adakah aku yang terlewat dapat novel ni..memang aku lambat sedikit menambah koleksi novel aku..novel ni dah beberapa bulan kat pasaran aku baru jek dapat beli..kat tempat aku punya la laris novel ni..finally dapat gak aku beli novel ni..aku belom baca lagi..orang kata novel ni best sangat..hari ni aku akan pastikan dapat membaca dan menghayati jalan ceritanya (poyo lak ayat aku). Kita layan sinopsis dulu then baru layan ceritanya..



Sinopsis:

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!

Monday, 25 June 2012

Rawat Jerawat dengan Kunyit

Why not hari ni aku story pasal kunyit..Quite boring right? But u olls tau tak kelebihan yang ada pada kunyit ni.. Tahukah anda kunyit bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi kunyit juga boleh digunakan dalam merawat kecantikan diri.. 


Kunyit Hidup


Aku ada terbaca pasal kunyit ni kat satu majalah ni so, aku rasa nak share manfaat kunyit ni.. 



Kunyit dikenali dengan nama Latin Curcuma Domestica yang merupakan tanaman ubat asli dari Asia Tenggara. Kandungan zat pewarna kuning (curcumin) pada kunyit diyakini memiliki sifat anti-inflamasi (anti-keradangan), antiseptik dan pengeringan yang semuanya boleh membantu mengubati jerawat. Anti-inflamasi berfungsi membantu mengurangkan kemerahan yang berkaitan dengan jerawat.


Sementara antiseptik membantu membersihkan kulit daripada kotoran yang menyebabkan jerawat. Sekiranya jerawat kamu disebabkan oleh kulit berminyak yang berlebihan, kunyit dapat membantu untuk menyerap sebahagian daripada minyak berlebihan.


Ada beberapa petua yang boleh dimanfaatkan daripada kunyit untuk mengubat jerawat:
  1. Ambil segelas susu panas dan campurkan dengan satu sudu teh kunyit ke dalamnya. Kacau rata sehingga warna susu berubah menjadi kuning. Minum sekali sehari, sebaik2nya sebelum tidur. Cara ini akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh untuk melawan jangkitan bakteria sehingga cepat menyembuhkan jerawat.
  2. Kunyit boleh terus disapu pada kulit untuk mengubati dan mencegah jerawat. Sapukan serbuk kunyit yang dicampurkan dengan air ke bahagian yeng berjerawat sekali atau dua kali sehari selepas membersihkan kulit.
  3. Menggunakan kunyit sebagai skrub untuk menghilangkan bekas luka jerawat. Ambil dua hingga tiga sudu teh serbuk kunyit, satu hingga dua titis jus lemon dan campurkan dengan satu hingga dua titis minyak zaitun atau minyak jojoba. Sapukan rata pada wajah dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas.





Hah u olls pernah tak badan gatal2 cam naik ruam..Aku pernah kena kalau tak silap kesah nya tahun lepas kot.. Badan aku gatal2 naik ruam kot, memang gatal yang amat.. Then aku try amek kunyit hidup campur dengan beras pastu tumbuk lumat la. kiranya buat cam lulur badan.. Insyallah lepas tu kurang la sikit rasa gatal2 kat badan aku..Aku amalkan dalam 2,3 kali gak la, akhirnya hilang la gatal2 tu Alhamdullillah..


Cara2 lulur/skrub buatan aku :-)


1 genggam beras (rendam selama 15 minit)
1 inci kunyit hidup
1 sudu makan madu
Sedikit perahan lime/lemon


Tumbuk beras bersama kunyit hidup sehingga halus/lumat (jangan kasar sangat nanti sakit kulit).
Kemudian masukkan madu dan perahan lime/lemon (asalkan limau jek) dan gaul rata.
Sapukan rata pada wajah dan badan dan biarkan sehingga kering. (wat macam pakai skrub).
Akhir sekali bilas sampai bersih..

Hasilnya wajah lebih berseri dan kulit menjadi lebih anjal bukan tu aje kulit pun lebih halus mulus..

Selamat Mencuba :)

Wednesday, 20 June 2012

Buah Kiwi Kaya Vitamin

Baru2 ni aku ada terbaca mengenai buah kiwi yang mempunyai banyak khasiat dan baik untuk kesihatan. Mungkin tak ramai yang tahu khasiat yang ada dalam buah kiwi ni.. So, hari ni aku share pasal buah kiwi. Aku sendiri pun baru tahu rupanya kiwi ni banyak vitamin selain vitamin C dan E. Rasa kiwi ni toksah cakap la memang sedap yang hijau ke emas ke aku makan jek asalkan sodap.. untuk tahu khasiat kiwi ni sila la baca ye :)


Golden Kiwi



Green Kiwi



Buah kiwi sama ada warna hijau dan emas adalah sumber baik untuk serat makanan, vitamin C, potasium, asid folik, vitamin E, karoteniod dan antioksidan. Ia juga mempunyai kandungan indeks glikaemik dan lemak yang rendah dan sesuai dimakan sebiji sehari.

Selain kandungan vitamin C yang tinggi, buah kiwi juga mempunyai vitamin A dan E. Vitamin C diketahui umum sebagai vitamin diperlukan badan dan juga antioksidan yang larut air kerana ia penting untuk melindungi badan daripada bendasing serta melindungi badan dari serangan jantung, kanser dan obesiti. 

Vitamin E penting sebagai elemen antiokasida dan diperlukan untuk melindungi kulit daripada sinaran ultra lembayung (UV), pencemaran, dadah dan unsur asing yang boleh merosakkan kulit. Buah kiwi mempunyai vitamin E yang menyamai vitamin C.

Selain itu, buah kiwi mempunyai serat tinggi untuk mengawal kandungan gula dalam darah dan menghindari kanser kolon dengan mengeluarkan toksin daripada kolon dan menyahkannya melalui sistem perkumuhan.

Serat ini mengurangkan kandungan kolestrol, meningkatkan fungsi jantung dan meminimumkan serangan jantung. Menurut kajian, kiwi dapat meningkatkan ketahanan tubuh, meningkatkan pencernaan dan prestasi otot selain kerosakan sel.

Mengambil buah kiwi ketika makan boleh mengurangkan tekanan oksidatif keatas badan selepas makan, terutama makanan tinggi lemak. Penyelidikan di Amerika Syarikat menunjukkan orang yang mengambil kiwi ketika makan atau sesudah makan menunjukkan penurunan petanda tekanan oksidatif. 

Pengambilan hanya dua biji buah kiwi sehari dapat membantu mengurangkan kadar kerosakan oksidatif terhadap sel andadan memperbaiki DNA rosak disebabkan tekanan oksidatif. Ini terbukti dalam kajian di New Zealand dan Eropah.

Buah kiwi juga sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Ianya diiktiraf sebagai pencernaan semula jadi, ini adalah gabungan unik serat makanan dan komponen lain dalam buah kiwi. Selain itu, ianya berupaya meningkatkan fungsi sistem daya tahan menjadi perlindungan semula jadi yang membantu kita melawan stress, inflamasi dan serangan bakteria serta virus.


Saturday, 16 June 2012

Kenali Wanita Mengikut Kedudukan Dalam Ahli Keluarga

Anda pernah dengar tak bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. Orang dulu2 cukup percaya mengenai perkara ini. Aku juga pernah dengar orang cakap memilih pasangan bagi lelaki yang berunsurkan api elakkan memilih pasangan yang mempunyai unsur yang sama sepertinya.

Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas
 


Wanita berunsur Tanah 
Tanah yang subur mampu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air 
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api 
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
* Penasihat yang baik kepada suami.
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan

Friday, 15 June 2012

Pantai Bisikan Bayu


Ombak


Rindu


Rindu


Sunyi


Sepi

Aku dan family stay satu malam kat chalet tepi Pantai Bisikan Bayu.. Malam tu kitorang wat bbq syok weh kumpul ramai2.. Bakar ayam, udang, sotong dan ikan.. Laju jek sorang2 bab makan ni.. Aku apa lagi hehehe udah semestinya makan paling banyak dan lama (body slim okey).

Lepas makan dalam kul 10 mlm kitorg jalan2 tepi pantai.. jeng jeng jeng kerja aku mengutip kulit siput tok buat kerja kreatif aku hehe terbongkok2 aku mengutip kulit siput dan jiran nenek aku (dorang join sekali gathering ni) pun terjoin aku mengutip kulit siput..
sepupu sepapat aku toksah cakap la sah2 membontot aku carik kulit siput ni.. aku suruh amek yang besar2 hah kau yang kecik ko amek gak... memang budak2 nak jek aku luku kepala sorang2.. Banyak gak aku dapat dalam setengah botol besar..

Pagi besok nya kul 7.30 pg kitorang dah serang mandi pantai..best pagi2 dah berendam laut.. atok aku pon join gak..kitorang tanam dalam pasir biasa la orang tua hehe sakit kaki jadi ubat nya kita tanam dalam pasir (bukan tanam kepala yer badan sahaja) tok menghilangkan sakit2 kat badan.. tak percaya cer try..

Lepas lepas lepas semua settle kitorang pun berangkat balik dalam tengah ari gak la.. 

Suasana di Pantai Bisikan Bayu memang best tetapi apa nak jadi dengan orang ramai ni cuba lah jangan kotorka pantai dengan sisa sampah terutama sekali pampers budak hangen tol aku dengan orang yang takde kesedaran sivik langsung.. macam takde tong sampah nak buang.. Hah satu lagi botol arak tu agak2 la yang ko g buang ke laut ape kes?? last2 ke pantai gak datang nya... hadoii apa nak jadi la masyarakat sekarang ni... Moh le kita jaga persekitaran pantai sentiasa bersih.. Kan dah kuar iklan tak berbayar dari aku ni...

Sekian cari pantai yang lain............ 





Wednesday, 13 June 2012

Hasilnya

Kembang kuncup ati aku bila hasil buatan aku siap jadi dengan sempurna hehe.. 
Bangga dowh (clap my hands empat belas kali). Dalam seminggu ni aku try buat pasu bunga dari kertas finally siap sepenuhnya. Bukan susah pun belit2 kertas jek.. 
Kerja menggulung kertas jek yang lama sikit (kalau malas jangan buat :) coz aku terlebih rajin dengan semangat yang berkobar2 dan tak sabar nak lihat hasil kerja seni aku (wah ayat ngengada jek kan).

Tadaaaa!!!!!!!!!!



Sebelum 




Selepas





Cun tak pasu aku? Handmade's u olls..walaupun tak berapa nak cun sangat la kan jadi la hasil jari jemari aku hehe
Kepada sesiapa yang berminat boleh lah hubungi aku wakaka memang ngada2 aku neh.. Takde la aku just memain jek.. Kalau nak buat sendiri ey..aku pun try test jek ade la dalam beberapa bijik aku buat, ade yang jadi elokk ade gak yang kurang elokk..Namanya pun budak baru blajo hahh rupe gitu le kalau korang nak tau..

Gitu le kesahnya dalam seminggu dua ni keje aku + hobby baru bagi mengisi masa lapang hehe
Dah terlebih lapang aku neh..terbanyak sangat masa free.. Sekian dulu ye story mory aku ni.. Next taim tak tau lagi hobby baru aku nak buat ape lak..
Wait n See :)


Sunday, 10 June 2012

Awan Berbentuk Ikan

Korang pernah tak tengok awan berbentuk ikan? Aku first time tengok awan macam ni terus aku snap guna hp jek..kira ok la kot ye boleh nampak gak bentuk ikan tu.. gambar ni aku snap masa pulang dari kenduri kat besut aritu.. aku lupa lak area mana aku nampak awan ni.. lama gak aku dapat tengok sebelum matahari terbenam.. dengan mata kasar boleh nampak macam ikan todak kot coz ada muncung tajam.. dalam gambar ni mungkin tak nampak bentuk ikan sangat.. subhanallah memang menakjubkan ciptaan-Nya.













Monday, 4 June 2012

Semangat Untuk Menang

Wahhh dah lama aku tak update story mory aku kan.. hehe biase la aku kan cam bz2 sket.. kalah PM (ngade2 la plok)

Beberapa hari lepas dalam 29-31 Mei 2012 aku ade join satu kursus motivasi keusahawanan yang FOC and kita dibayar bila join program ni..
Mula2 aku x tau program ni kita dibayar.. cam bodoh2 gak la aku ni last day baru tau haha syok okeh dapat elaun.. x sangka gak aku ade gak program yang dibayar..

Program ni just untuk sape2 nak start buat business and yang dah ade business sendiri.. best gak la bila join program ni.. Aku tak sangka gak ramai yang lebih berumur dari aku (konon2 muda sangat la tu) pelbagai lapisan umur la..

Yang best nya makcik2 pun join gak and program ni ade la kne main2 cam buat sarang labah2, catwalk, melukis..aku respect dengan makcik2 ni sporting abeh.. cayalah makcik2..

Lagi satu dalam program ni jugak dia divided group tak sangka weh group aku juara keseluruhan.. Group aku ade makcik2 dan pakcik dan budak2 sebaya aku.. semangat giler group aku tok menang games yang ada..Bravo2

Ni aku ade letak beberapa gambo (tak bleh banyak2-kedukut hik3)

Logo group Helang Merah (x cam helang)


Game buat sarang labah-labah


Bersiap sedia mulakan game



Ada satu accident salah seorang daripada pemain sarang labah2 kejang kaki sampai ke paha..menangis budak tu menahan sakit yang amat.. kesian aku dengan budak tu nasiab baik la tak cedera teruk.. bayangkan berak gak la nak angkat sorang2 melalui lubang sarang labah2 tanpa menyentuh sarang tersebut.. berat dowhh sorang2 walaupun ramai yang tolong angkat..

Apa2 pun memang best boleh kenal ramai bakal usahawan kih2 yang penting walaupun baru kenal tapi hubungan setia kawan dapat dilihat pelbagai lapisan umur..   


Sekian. Story Mory aku..