Adakah aku yang terlewat dapat novel ni..memang aku lambat sedikit menambah koleksi novel aku..novel ni dah beberapa bulan kat pasaran aku baru jek dapat beli..kat tempat aku punya la laris novel ni..finally dapat gak aku beli novel ni..aku belom baca lagi..orang kata novel ni best sangat..hari ni aku akan pastikan dapat membaca dan menghayati jalan ceritanya (poyo lak ayat aku). Kita layan sinopsis dulu then baru layan ceritanya..
Sinopsis:
“ Kau bukak
mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak
yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau!
Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa
jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau
pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya
benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan
neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki
hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk
belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak
saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi
sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan
dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki.
Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang
yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia
tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada
rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa
belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai
visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya?
Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar
pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya.
Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia
bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki
ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.
Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga
menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi!
Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir
aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!
No comments:
Post a Comment