Wednesday 26 September 2012

Kek Tanpa Tepung

Beberapa minggu lepas, aku tengok rancangan Nigella Bites kat AFC channel.. dia ada buat kek tanpa tepung..aku tengok cam sedap jek kek ni..so,aku try buat kek tak guna tepung..rupa kek memang tak cantik pun tapi sedap..kalau kita tengok cam kek tak menjadi jek..

sukatan resipi ni aku tak catat pun..aku kira ingat bahan dalam kepala jek..then aku buat sukatan sendiri...ala try and error jek..alhamdulillah menjadi kek nya..rupa sama macam Nigella buat..

Bahan2:
4 biji telur
150 g coklat masakan
100 g mentega
2 sudu besar gula (tak nak pun takpe )
2 sudu besar horlicks (resipi asal takde, aku tmbh sndri)
1 sudu kecil vanila esen

1. Cairkan coklat (double boiled) dan masukkan mentega, kacau sehingga sebati. sejukkan sebentar.
2. Asingkan putih telur (3 biji) dan kuning telur (2 biji).
3. Pukul putih telur sehingga kembang dan pekat.. (test agak2 tuang tak jatuh kat kepala, hah jadi la tu)
4. Dalam bekas yang lain, pukul kuning telur, gula, vanila esen dan tambah 1 biji telur (putih + kuning) sehingga kembang.
5. Masukkan horlicks dan coklat dan kacau sebati.
6. Kemudian  masukkan putih telur tadi ke dalam adunan coklat dan kacau sehingga sebati..Semasa campur adunan putih telur kena kacau slow2 coz taknak  buihnya hilang..
7. Tuang adunan ke dalam loyang. sebelum itu lapis loyang dengan kertas (taknak bagi kek melekat kat loyang)
8.  Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 25-30 minit sehingga masak. (ikut kesesuaian oven korang ye)
9. Kalau nak lebih cantik, boleh hias mengikut kreativiti anda sendiri..

 p/s: kalau nak letak tepung pun boleh tapi tak jadi la nama kek tanpa tepung kan..kek ni lembab2 macam makan puding roti..


No comments:

Post a Comment