Monday 28 May 2012

Kenduri Kendara

Sekarang musim cuti sekolah jadi ramai yang mengambil kesempatan dengan mengadakan majlis perkahwinan.. Aku ucapkan TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada sesiapa sahaja yang menjadi pengantin baru.. Sepanjang cuti sekolah dua minggu ni banyak undangan daripada kawan2 dan keluarga terdekat mahupun jauh..

Semalam ada 5 undangan yang perlu hadiri malang nya hanya 2 undangan sahaja aku dan keluarga dapat pergi selebih nya maaf tak sempat ke majlis anda..

Dalam perjalanan ke majlis perkahwinan di Besut,Ganu meriah kemain sepanjang jalan ada dalam lebih kurang 10 majlis perkahwinan.. Wahh, macam2 warna canopi ada purple, kuning, coklat, biru, hijau, merah (banyak lak nak sebut macam2 ada).. Suka hati aku tengok (gambar xde yeh-malas nak snap hehe)

Ada satu area tu kalau tak silap area ganu kot, pengantin siap bergambar dengan vespa (comey lak aku tengok) haha bukan pengantin yang comey tapi vespa yang comey hik3 jangan mare yeh pengantin..
yang steady nya of cos la photographer (tonggang terbalik penuh bergaya) caya lah..

Tapi kan, sepanjang jalan ya allah banyak nya kereta dah cam musim raya jek.. Kereta kemainya banyak, ramainya orang balik kampung musin2 cuti sekolah ni.. apa2 pun memang meriah sangat.. yang tak best nya treler bawak habuk kayu menyebabkan perjalanan aku slow jek.. menyemak tol kalau ada treler yang bawak muatan lebih ni.. disebabkan treler tersebut aku lambat sampai ke tempat yang dituju (ayat kemain skema plus tunggang langgang :p)

Aku sampai kat Besut pun dah kul 5 lebih, kawan punya pasal lambat pun aku gi la.. kerana sahabat :)
masa sampai tu orang dah tak ramai, almaklumlah dah petang sangat.. kira ok la ade gak abang DJ dok pasang lagu2.. idok le boring sangat..
Makan2, sembang2 jap then balik..

Kepada kawan masa kecik, 
aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU moga kekal ke akhir hayat.. amin


Sorry hari ni story aku takde gambar ye...aku story mory jek..hari yang malas tok snap2 gambar hehe

c u next story mory :)


Thursday 24 May 2012

Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran

Beberapa hari lepas aku ada cakap kan nak share pasal personalti mengikut bulan kelahiran kan.. Ni aku ade sediakan..aku ada dapat benda ni dari kawan aku masa sekolah dan aku rasa tak ade beza kot dengan yang sekarang punya..try2 la tengok dan baca ye :)


Personaliti Mengikut Bulan Kelahiran
Oleh : Dato' Dr Fadhilah Kamsah



JANUARI 
  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
  • Suka melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
  • Peka dengan setiap yang dibuat nampak keuntungan
  • Suka smart, kemas dan teratur
  • Sensitif, berfikiran mendalam
  • Pandai mengambil hati orang lain
  • Pendiam kecuali setelah dirangsang
  • Agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri
  • Badan sehat tetapi mudah diserang selesema
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkanya
  • Cukup sayang kepada kanak-kanak
  • Suka duduk di rumah
  • Setia pada segalanya
  • Rajin belajar dan kemahiran sosial
  • Sikap cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
  • Berfikiran abstarak
  • Sukakanbenda yang realiti dan abstrak
  • Inteligent, bijak dan genius
  • Berpersonaliti yang mudah berubah
  • Mudah menawan orang lain
  • Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
  • Jujur dan setia pada segalanya
  • Keras hati untuk mencapai matlamat
  • Tidak suka dikongkong
  • Mudah memberontak jika dikongkong
  • Suka kegiatan lasak
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
  • Mudah mempamirkan marahnya
  • Tidak suka kepada benda remeh temeh
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkanya
  • Sangat berani dan suka memberontak
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikanya
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka hiburan dan sukan
  • Suka benda yang bersifat seni
  • Sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran
  • Berkecenderungan kepada benda yang tahyul
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
  • Belajar untuk mempamirkan emosi


MAC

  • Berpersonaliti menarik dan menawan
  • Mudah didampingi
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa
  • Sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • Suka pada kedamaian
  • Sangat peka kepada orang lain
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah
  • Tahu balas budi dan kenang budi
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • Suka berangan-angan
  • Suka melancong
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan
  • Suka dengan hiasan rumahtangga
  • Punya bakat seni dalam bidang muzik
  • Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody



APRIL 
  • Sangat aktif dan dinamik
  • Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
  • Sangat menarik dan pandai manjakan diri
  • Punya daya mental yang sangat kuat
  • Suka dapat perhatian
  • Sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut
  • Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
  • Emosi cepat terusik jika tidak terkawal
  • Berkecenderungan bersifat dendam
  • Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan
  • Kuat daya ingatan
  • Gerak hati yang sangat kuat
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain
  • Berpenyakit di sekitar kepala dan dada
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI 

  • Keras hati dan degil
  • Kuat semangat dan bermotivasi tinggi
  • Pemikiran tajam
  • Mudah marah jika tidak dikawal
  • Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian
  • Perasaan yang sangat mendalam
  • Cantik dari segi mental dan fizikal
  • Tidak perlu dimotivasikan
  • Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain
  • Mudah dipujuk
  • Bersikap sistematik ( otak kiri )
  • Suka berangan
  • Kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas dihati orang lain
  • Mudah diserang penyakit di bahagian telinga dan leher dan lemah sistem pernafasan
  • Daya khayalannya tinggi
  • Pemikiran yang tajam
  • Pandai berdebat
  • Fizikal yang baik
  • Suka sastera, seni, muzik dan melancong
  • Tidak berapa suka duduk dirumah
  • Tidak boleh duduk diam
  • Tidak punya ramai anak
  • Rajin dan bersemangat tinggi
  • Agak boros



JUN 
  • Berfikiran jauh dan berwawasan
  • Mudah ditawan kerana sikap baik
  • Perangai lemah lembut
  • Mudah berubah sikap, sangat banyak idea
  • Bersikap sensitif
  • Otak sentiasa aktif berfikir
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera, suka menanguh-nangguh
  • Sikap pemilih kerana selalu inginkan yang terbaik dan cerewet
  • Cepat marah dan cepat sejuk
  • Suka bercakap dan berdebat
  • Suka buat lawak dan bergurau
  • Otak cerdas dan berangan-rangan
  • Mudah dan pandai berkawan
  • Orangnya sangat tertib
  • Pandai mempamerkan sikap
  • Mudah kecil hati
  • Mudah terkena selesema
  • Suka berkemas
  • Cepat rasa bosan
  • Kurang pamerkan perasaan
  • Lambat sembuh bila terluka hati
  • Suka barangan berjenama
  • Mudah jadi eksekutif
  • Kedegilan yang tidak terkawal
  • Siapa yang memuji saya adalah musuh saya, siapa yang menegur saya adalah kawan saya


JULAI
 

  • Seronok didampingi
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti ( terutama lelaki )
  • Agak pendiam kecuali diransang
  • Ada harga dan maruah diri
  • Tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah jika disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bersikap lurus
  • Sangat menjaga hati orang lain
  • Sangat peramah
  • Emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hati dan lambat pulih
  • Berjiwa sentimental
  • Kurang berdendam
  • Mudah memaafkan tetapi sukar melupakan
  • Tidak suka benda remeh temeh
  • Membimbing cara fizikal dan mental
  • Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang
  • Layanan serupa kepada semua orang
  • Tinggi daya simpati
  • Pemerhatian yang tajam
  • Suka manilai orang lain dengan pemerhatian
  • Mudah dan rajin belajar
  • Suka muhasabah diri
  • Suka mengenang peristiwa atau kawan lama
  • Suka mendiamkan diri dan duduk di rumah
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
  • Tak agresif kecuali terpaksa
  • Lemah dari kesihata bahagian perut
  • Mudah menjadi gemuk jika tak dikawal
  • Minta disayangi
  • Terlalu mengambil berat
  • Rajin dalam membuat kerja



OGOS 
  • Suka berlawak
  • Mudah tertawan kepadanya
  • Sopan santun, caring terhadap orang lain
  • Berani dan tidak tahu takut
  • Agak tegas dan bersifat berkepimpinan
  • Pandai memujuk
  • Terlalu pemurah dan bersikap ego
  • Nilai harga diri sangat tinggi
  • Dahagakan pujian
  • Semangat juang yang luar biasa
  • Cepat marah dan mudah mengamuk terutama cakapnya dilawan
  • Sangat cemburu
  • Daya pemerhatian tajam dan teliti
  • Cepat berfikir dan berdikari
  • Suka memimpin juga dipimpin
  • Suka barangan-angan
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan, dan silat
  • Sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
  • Mudah mendapat penyakit
  • Sentiasa belajar untuk relax
  • Kelam kabut
  • Romantik, pengasih dan penyayang
  • Suka mencari kawan


SEPTEMBER 

  • Sangat besopan santun dan betolak ansur
  • Sangat cermat, teliti, dan teratur
  • Suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • Pendiam tetapi pandai bercakap
  • Sikap sangat cool, sangat baik, dan mudah simpati
  • Sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
  • Sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
  • Banyak berfikir
  • Daya penakakulan yang baik
  • Otak bijak dan mudah belajar
  • Suka mencari maklumat
  • Mengawal diri dari selalu mengkritik
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
  • Sukakan sukan, hiburan, dan melancong
  • Kurang menunjukkan perasaan
  • Lama menyimpan jika terluka hati
  • Terlalu memilih pasangan
  • Sukakan benda yang luas
  • Bersistematik


OKTOBER 

  • Suka sembang
  • Suka orang sayang padanya
  • Suka ambil jalan tengah
  • Sangat menawan dan sopan santun
  • Kecantikan luar dan dalam
  • Tidak pandai berbohong dan berpura-pura
  • Mudah rasa simpati, baik, dan pentingkan kawan
  • Sentiasa berkawan
  • Hati mudah terusik, tetapi meraju tak lama
  • Cepat marah
  • Macam pentingkan diri sendiri
  • Tidak menolong orang jika tidak diminta
  • Suka melihat dari perspektif sendiri
  • Tidak suka terima pandangan orang lain
  • Emosi mudah terusik
  • Suka berangan-angan dan pandai bercakap
  • Emosi yang kelam kabut
  • Daya firasat yang sangat kuat ( terutama perempuan )
  • Suka melancong, bidang sastera, dan seni
  • Pengasih, penyayang, dan lemah lembut
  • Romantik dalam percintaan
  • Mudah terusik hati dan cemburu
  • Ambil berat tentang orang lain
  • Suka kegiatan luar
  • Orang yang adil
  • Boros dan mudah dipengaruhi persekitaran
  • Mudah patah semangat



NOVEMBER 
  • Banyak idea dalam sesuatu perkara
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-rubah
  • Otak dan pemikiran yang sangat tajam
  • Cara berfikir lain dari orang lain
  • Berfikiran kehadapan, unik, dan bijak
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
  • Amanah, jujur, setia, dan pandai berahsia
  • Daya firasat sangat halus dan tinggi
  • Bagus sebagai doktor
  • Cermat dan teliti
  • Personaliti dinamik
  • Tidak hargai pujian
  • Bercita-cita tinggi
  • Terlalu degil dan keras hati
  • Apabila hendak akan diusahakan sehingga berjaya
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang tinggi kepada sesuatu kehendak
  • Pandai mendorong diri sendiri
  • Berani, pemurah, setia, dan banyak kesabaran
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain
  • Tak suka marah kecuali tergugat
  • Pandai muhasabah diri
  • Romantik
  • Tidak pasti dengan imbangan kasih sayang
  • Suka duduk di rumah
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi



DISEMBER 
  • Sangat setia dan pemurah
  • Bersifat patriotik
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
  • Bercita-cita tinggi
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi
  • Seronok didampingi
  • Pandai buat lawak dan berfikiran dengan lojik
  • Suka bercampur dengan orang
  • Suka dipuji, diberi perhatian, dan dibelai
  • Sangat jujur, amanah, dan bertolak ansur
  • Tidak pandai berpura-pura
  • Cepat marah
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
  • Perangai yang berubah-ubah
  • Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
  • Benci pada kongkongan

P/S: Bukan untuk mempercayai 100% just untuk kenal diri sendiri dan memperbaiki kelemahan diri ke arah yang lebih baik..

Friday 18 May 2012

Warna dan Emosi

Baru2 ni aku ade post mengenai kenali warna kegemaran dan personaliti diri kan.. 
Sharing is caring right?
So, hari ni kita bercerita mengenai warna dan emosi lak..
Mengikut kajian, warna adalah terapi yang baik untuk mengawal emosi dan warna juga memainkan peranan penting dalam kehidupan kita..

Setiap warna ada kelebihan dalam mempengaruhi emosi seseorang dan mengawal tekanan yang dihadapi..

Let's check it out :)







WARNA  MERAH dapat HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. So kalau rasa sakit kepala, boleh la try macam ni, cuba letakkan tuala lembab berwarna merah di atas mata korang. Cara tersebut mampu meningkatkan peredaran serta melonjakkan adrenal korang. Rasa lebih segar dan bertenaga.




WARNA  BIRU dapat MENGURANGKAN TEKANAN
Anda rasa tertekan? Okey cuba buat macam ni, fokuskan mata korang kat benda atau objek berwarna biru. Ini kerana, ianya berupaya merangsang suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Kalau yang kejenya mengadap komputer tu, cuba ubah "screen saver" computer korang kepada warna-warna yang dapat membuatkan korang rasa tenang dan mengurangkan rasa tegang yang dialami.




WARNA  MERAH JAMBU dapat ELAKKAN INSOMNIA
Ramai antara kita mengalami masalah sukar untuk tidur dengan selesa diwaktu malam, apa kata korang cuba petua ini. Hias la bilik tidur korang dengan warna merah jambu kerana kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana romantik dan tenang..Jom hias :)




WARNA  JINGGA dapat CERIAKAN MOOD
Apabila korang rasa murung atau korang cuba untuk mengembalikan tenaga korang, cubalah pakai pakaian yang berwarna jingga. Insyaallah mood korang akan berubah.




WARNA HIJAU dapat LENYAPKAN KELETIHAN
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan. Dalam Islam pun warna hijau adalah warna syurga dan warna yang disukai Rasulullah s.a.w. So kalau rasa letih, penat apa kata tengok la pokok-pokok yang rimbun menghijau ataupun pakailah pakaian berwarna hijau untuk menaikkan semangat.





p/s: Banyak lagi aku nak share pasal warna ni, tak pe next time aku share lagi.. Hurm, aku rasa nak share pasal bulan kelahiran dan personaliti lak.. amacam ok x? 

Wednesday 16 May 2012

Cinta Bersatu


Lagu ni aku bukan nak tuju kat sape2 just suke dengar jek.. takde kaitan dengan aku okey.. Cam best lak lagu ni kat telinga aku hehe.. Hurm, kepada sesiapa yang tengah tangkap cintan / mabuk kepayang aku doakan moga cinta kalian kekal bersatu..
-xoxo-

Meh kita layan lagu Cinta Bersatu dari Liyana Jasmay..





Lirik: Cinta Bersatu by Liyana Jasmay


Di matamu ku berharga

Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu


Sunday 13 May 2012

Selamat Hari Ibu!!




Selamat Hari Ibu kepada semua Ibu2 di seluruh dunia terutama sekali kepada ibu saya yang telah membesar dan menatang saya bagai minyak yang penuh. 

Terima Kasih Umi atas segala jasa dan pengorbanan yang tak terhingga. Terima Kasih kerana menahan sabar dengan kerenah anak2 terutama sekali saya :) yang banyak ragam dan fiil nya.. Jasa Umi dikenang hingga ke akhir hayatku..
Tungguuuu malam ini ada kezutan dari Chef jr :)



Happy Mother's Day!!!

Wednesday 9 May 2012

Kenali Warna Kegemaran dan Personaliti


Adakah anda mempunyai WARNA kegemaran? Warna apakah yang menjadi kegemaran anda?BIRUMERAHHIJAUKUNING? HITAM? PUTIH? Sedarkah anda bahawa warna yang menjadi kegemaran itu sebenarnya sedikit sebanyak menggambarkan sikap dan watak anda.Menurut kajian oleh pakar psikologi mendapati warna mempunyai pengaruh yang tersendiri dalam perwatakan dan sikap seseorang.Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada 4 warna primer iaitu:
              • MERAH
              • HIJAU
              • KUNING
              • BIRU







Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dulu lagi, warna sememangnya diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia.

Kini, penggunaan pengaruh psikologi yang ada pada warna telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia automotif, peragaan pakaian, permainana dan sebagainya.

OK..mari kita lihat apakah RAHSIA yang ada disebalik warna-warna ini.




MERAH

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepatkan pernafasaan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.



Merah Terang :
Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Garang. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, kejantanan.





Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyutan nadi, dan tarikan nafas.



BIRU



Biru Tua :
Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, kejujuran dan patriotik.Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.






Biru Muda :
Warna ini melambangkan kesungguhan cita-cita dan penuh keazaman. Sifatnya : Bertahan, Pelindung, Tidak Berubah Fikiran.Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.



KUNING



Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Selamba, Santai, Tenang dan tidak terkesan dengan masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.




Kuning Terang :
Warna ini melambangkan sifat yang boleh berubah dengan mendadak. Sifatnya sederhana tetapi unik. Sifatnya : Bertolak ansur, Berhati-hati, Menonjol.Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berwawasan, dermawan, tidak mudah percaya pada orang.



HIIJAU



HIJAU:
Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keteguhan hati. Mempunyai keperibadian yang tegas, berprinsip dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih hebat dan mengatasi orang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya suka dipuji, mudah menasihati orang lain.


KELABU



KELABU
Warna ini tidak menunjukkan makna yang jelas. Tidak terang dan ia dikategorikan sebagai unik dan sukar dikaitkan kepada kecenderungan psikologi. Warna ini sifatnya lebih kepada NEUTRAL.



HITAM



HITAM:
Warna ini melambangkan kesedihan dan keseorangan. Ianya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.



COKLAT



COKLAT:
Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka persaingan, tidak suka beralah, kurang toleran, sukar bertolak ansur, dan mempunyai prasangka terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.



UNGU



UNGU:
Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat unik hasil campuran kedua-dua sifat warna tersebut. Perpaduan antara keintiman dan kemesraan, erotik, dan berperasaan mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi penuh harapan dan positif.