Novel ni aku baru lepas baca semalam..best okeh..ada resipi cinta lagi..wahh macam2 rencah ye..macam 5 rencah 5 rasa gitu..yang best ada semangat kekeluargaan dan dahulukan keluarga dalam segala hal..syok2..
Sinopsis:
Ikatan
pernikahan ini wujud kerana salah faham. Itu yang Nasira mampu bariskan
untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada
dirinya. Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura.
Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu
terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam
berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah.
Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang
salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah
keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan.
“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira bertanya dengan lembut.
“Dah
jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah.” Nuqman membalas dengan
selamba.
Mengenali
Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang
begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu
frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia hendak
melayan blues, hatinya terisi semula.
Sejak
mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang
keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan
erti kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima
kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang
mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang
tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang
menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama
dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman.
Bak
kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta.
Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus
ada ‘perencahperencah’ lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang
hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali,
agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai.
Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta,
berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap
dugaan bersama-sama.
Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka.
Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah
mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari
resipi adunan hati?
“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita
akan menemui kunci bahagia itu.”
THUMBS UP: 8/10
THUMBS UP: 8/10
No comments:
Post a Comment