Thursday, 25 October 2012

Esok Hari Raya!!!

Esok hari raya..Esok hari raya..
hari ni mesti dah ramai yang balik kampung tercinta wahh syok2 jumpa sanak saudara yang jauh dimata kan..kan..
aku memang tak balik kampung coz aku memang dah dok kampung 
hehe
takde nak rebut2 balik kampung..iloke my kampung..peace KELANTAN!!

Esok kita raya Haji..Esok kita raya Haji..
best dapat tengok orang buat korban..siap sedia dengan lembu masing2 ye..
jangan terlepas nanti melepas..
then makan time..nyum2 daging lembu yang fresh..
sedappp nyerrr
yea yea
(huh kalah bebudak *pang20kali*)

Raya haji jek aku tak bizi..raya puasa hari tu bizi bebenor..SEMPUTTT
mana nak siapkan jahit manik baju, buat biskut raya sendiri plus mak saudara tempah lagi..
kemain bizi tol..

tok raya ni aku bleh rilek2 ye..takde nya jahit baju bagai..pakai yang mana ada jek..
jangan nak sakan sangat la..bagi budak2 udah le..

apa aku nak buat hari ni ye..kita listkan dulu..
1. basuh kereta (wajib dah lama tak mandi)
2. buat biskut raya-cornflakes madu (wajib tiap2 raya)
3. buat kek (hurm tak decide lagi nak buat kek apa)
4. kemas rumah (esok kan raya, rumah kena kemas)
5. buat ketupat palas (ngah try test buat ketupat ciput2 dulu)
6. tengok tv (acara wajib setiap hari haha)

tu je la kot xtvt aku hari ni..tak boleh buat banyak2 aku kan PEMALAS! 
kalau dah kena penyakit M ni memang tak gerak la keja aku..
sebelum penyakit aku datang baik aku cau cin cau dulu..

Salam Aidiladha buat seluruh umat islam dimana jua..
kepada umat islam yang menunaikan ibadat HAJI, semoga anda mendapat HAJI MABRUR dan selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang..amin..
kepada yang sudi baca belog saya yang ntah papa ni,terima kasih banyak2 
(sudi2kan melawat belog ini)

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF ZAHIR & BATIN
-Flyme-


Monday, 22 October 2012

Kampung Girl



Sinopsis:

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?


THUMBS UP: 9/10

Projek Memikat Suami



Sinopsis:
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
  Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!



p/s: memang lawok okey..malu tapi mahu..yang berminat boleh jek ikut projek dorang ni ye :p


THUMBS UP: 9/10

Sunday, 21 October 2012

Dah Jodoh


Novel ni aku baru lepas baca semalam..best okeh..ada resipi cinta lagi..wahh macam2 rencah ye..macam 5 rencah 5 rasa gitu..yang best ada semangat kekeluargaan dan dahulukan keluarga dalam segala hal..syok2..



Sinopsis:


Ikatan pernikahan ini wujud kerana salah faham. Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya. Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan.


“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira bertanya dengan lembut.


“Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah.” Nuqman membalas dengan selamba.

Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia hendak melayan blues, hatinya terisi semula.

Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan erti kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada ‘perencahperencah’ lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai.


Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama.



Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?



“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu.”



THUMBS UP: 8/10


K-BOX: QUE SERA SERA-DORIS DAY

Kali ni kita layan lagu klasik ye..lagu 50an..sape tak pernah dengar lagu ni, boleh layan sambil2 tengok mv kat bwh..aku suka lagu ni..cam bagi semangat dua mangat kat aku..moh layan..

QUE SERA SERA - DORIS DAY



Que Sera Sera
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera Sera
What will be, will be

Thursday, 18 October 2012

Suamiku, Encik Perfect 10!


Novel: Suamiku, Encik Perfect 10
Penulis : Syamnuriezmil
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. 

Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

p/s: Ada ke yang dah impikan dapat mr.perfect 10 ni..cari jangan tak cari :)


THUMBS UP: 9/10

next: Persis Puteri

Kerjaku Tambah Novel lagi

Dah lama aku tak update novel yang aku baca kan..dalam seminggu dua ni keje aku baca novel jek..kalau dah start susah nak brenti..ada la dalam 5-6 bijik lagi yang aku blom baca..
hari tu aku memborong dalam 6 biji..2 minggu sblm nya aku borong 5 bijik..
kiranya stok banyak lagi la kan..

novel ape ek yang latest aku baca:

1. Encik Abangku Romantik - Elee Mardiana
2. Awek Buku & Cornflakes Madu - Annis Rizani
3. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
4. Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah
5. Kampung Girl - Umi Kalsom
6. Dah Jodoh - Iman Nizrina
7. Persis Puteri - Ezi Afiza
8. Suamiku Encik perfect 10 - Syamnuriezmil

ade lagi beberapa bijik tapi aku lupa lak titlenya..biase la stok novel tok sebulan..
nanti aku up sinopsis novel je la tak kan aku nak up novel..nak tau best ke tak..sila la dapat kat kedai berhampiran..

bagi aku semua novel2 di atas memang bleh nak layan plus tambah ilmu haha ilmu memikat okey..
daripada dok melangut jek baik baca novel ada gak pekdahnya..tak la buang masa..sambung balik baca novel..
ok cau cin cau..


Sunday, 7 October 2012

K-BOX : Muara Hati


MUARA HATI - 
DATO' SITI NURHALIZA & HAFIZ AF


Lirik:

Cinta terpisah ruang waktu

Tetap cinta bersatu dalam hatiku

Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia


Ku percaya kemana pun kau berjalan

Suara cinta menuntunmu kepadaku

Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati


[Chorus]

Demi cinta dalam hatimu

Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu


Aku ada kerna kau ada

Dan cinta hatiku hanyalah untukmu


Jalanku tertuju padamu

Kemana pun kan pasti kembali


[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu

Biarkan aku merasuk

Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku


Demi cinta dalam hatimu

Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)

Cinta


Tuesday, 2 October 2012

First Time Buat Tart Telur

Yea Yea Yea
1st time aku try buat tart telur ni..dah lama nak try buat, tapi orang kata tak sampai seru..
alhamdulillah menjadi jugak tart telur ni walaupun tak de la cantik cam beli kat kedai..
rasa pun sedap plus pastry nya rangup..sebab mood aku baik + rajin aku snap pic tart ni sebelum aku ngap sampai abeh.. selalunya tak menyempat nak snap pic aku dah ngap dulu..



Untuk adunan tart ni aku buat half jek..tak boleh buat banyak2 family aku 4 orang jek termasuk aku hehe so, kita buat la half dapat la dalam 20 biji  coz acuan sederhana jek..dapat sorang 5 bijik..
cukup la kan tok pestaim aku buat.. 


adunan sebenar tart ni agak manis so aku kurangkan sedikit gula dan lebih kan senyuman jek..
sukatan gula tu agak2 la kan..kalau nak manis ikut full resipi (kat bawah ye)..kalau nak sederhana manis 
60 g gula aising dan 1/2 cawan gula sudah memadai.. takmo manis2 ye..


Bahan- bahan (30 keping):

Pastry
200g Mentega
80g Gula aising
360g tepung gandum
1 biji Telur
1/2 sudu kecil Esen vanila

Filling:

1 cawan Susu cair
4 biji Telur
1 cawan Gula
1 cawan air
1 sudu besar kastard
1/2 sudu kecil Esen vanila
pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan vanila sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Canaikan doh setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung.
  6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180.
  7. Keluar dan masukkan filling dan bakar selama 10 minit lagi sehingga masak.
  8. Untuk adunan filling.. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.


***next time kita nak buat churros lak ye..