Sunday, 9 September 2012

8 Tips Penjagaan Kulit

Setiap orang tak kira perempuan ke lelaki perlu menjaga kesihatan kulit sama ada muka dan badan..
aku ada beberapa tips yang boleh amalkan..kalau tak amal tak jadi la ye..

1.  Membersihkan kulit
Untuk tampil cantik dan segar perkara yang wajib dilakukan setiap hari tak boleh malas..
haaa mesti lah mandi sekurang2nya 2x sehari lebih lagi baik la kan nak2 kalau badan kita kuat berpeluh..
kena la rajin mandi baru la badan sihat dan tak berbau.. 
Selain tu, pengunaan sabun pun penting tau terutama yang jenis kulit sensitif ni elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit..kang tersalah sabun maunya alergik satu badan (aku la tuh)..aku syorkan guna sabun dettol sensitif..sabun dari jenama lain pun ok gak..terpulang kat masing2 la..

Sekiranya anda mempunyai kulit kering ada baiknya guna sabun yang lembut (mild)..cari lah sabun yang sesuai dengan kulit anda..dan paling penting elakkan pengunaan air panas kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kering..

2.  Gunakan Pelembab selepas mandi




Pelembab membantu mengekalkan kelembapan kulit. Bagi mendapatkan kulit yang mulus amalkan memakai pelembab selepas mandi terutama apabila mengunakan air panas. kadar kelembapan kulit akan berkurangan  dan dengan memakai pelembab dapat mengembalikan/mengekalkan kelembapan kulit.
Pengunaan pelembab mengikut kesesuaian kulit. untuk kulit kering pengunaan minyak bayi (baby oil) sangat sesuai.. aku syorkan guna Bio Oil (boleh hilangkan parut juga). Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, anda tidak perlu mengunakan pelembab..jika tidak kulit anda akan lebih berminyak dan mungkin akan mendatangkan masalah minyak berlebihan..

3.  Gunakan Toner
Toner berfungsi bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit yang berminyak, ia akan membuatkan kulit menjadi kering serta mengecutkanya. Toner dapat mengawal minyak yang berlebihan dan menjadikan kulit lebih sihat.

4.  Gunakan bahan pelembab mata di sekeliling kelopak mata
Pengunaan 'eye roll-on' boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif.
Selain itu, dapat mengurang/menghilangkan lingkaran gelap bawah mata dan menjadikan mata kita lebih sihat dan bersinar. Banyak produk2 pelembab mata di pasaran, kita hanya perlu memilih produk2 yang sesuai dengan kulit kita..jika produk tidak sesuai boleh menyebabkan masalah pada kulit sekitar kelopak mata.

5.  Lindungi kulit daripada cahaya matahari
Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Oleh itu, gunakan krim pelindung matahari bila perlu..Krim pelindung yang mengandungi SPF dan lebih tinggi SPF lebih baik. Pelindung matahari perlu disapu semula selaps 2-3 jam selepas berenang.

6.  Bersenam
Ada sesiapa yang selalu bersenam?? Bersenam secara bersekala boleh melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuklah kulit dan ia juga dapat mengekalkan kesihatan kulit. apabila kita berpeluh segala bahan kumuhan dalam badan akan keluar melalui peluh dan menjadikan kulit kita bertambah sihat dan anjal.

7.  Amalkan pemakanan 
Pemakanan yang seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral menjadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga..Apabila badan sihat, kulit pun bertambah sihat. amalan memakan sayuran dan buah-buahan yang kaya dangan vitamin adalah sangat baik untuk kesihatan kulit dan badan.
Dengan pengambilan makanan tambahan juga dapat menyihatkan tubuh badan serta kulit menjadi anjal (orang kata tak berkedut)

8.  Tidak Merokok
Katakan tak nak!!! Merokok menjejaskan kesihatan kita. bahan2 berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan paling kita takuti adalah boleh menyebabkan kanser..
Tidak bagus untuk kesihatan kita..

Sekian itu saja tips penjagaan kulit untuk kali ini..nantikan tips yang lain lak.. jadikan tips ini sebagai amalan..

No comments:

Post a Comment