Sunday, 30 September 2012

K-BOX : I WISH-FT ISLAND


I WISH-FTISLAND



Kita bukak kelab karok kat sini..yang suka lagu ni meh karok sekali yeh..

Baby naramyon jokesso guromyon jokkeso
lonely lonely oh sarang haejwo
do isangun honja igin shirunde uh uh uh I Love You

Wednesday, 26 September 2012

Kek Tanpa Tepung

Beberapa minggu lepas, aku tengok rancangan Nigella Bites kat AFC channel.. dia ada buat kek tanpa tepung..aku tengok cam sedap jek kek ni..so,aku try buat kek tak guna tepung..rupa kek memang tak cantik pun tapi sedap..kalau kita tengok cam kek tak menjadi jek..

sukatan resipi ni aku tak catat pun..aku kira ingat bahan dalam kepala jek..then aku buat sukatan sendiri...ala try and error jek..alhamdulillah menjadi kek nya..rupa sama macam Nigella buat..

Bahan2:
4 biji telur
150 g coklat masakan
100 g mentega
2 sudu besar gula (tak nak pun takpe )
2 sudu besar horlicks (resipi asal takde, aku tmbh sndri)
1 sudu kecil vanila esen

1. Cairkan coklat (double boiled) dan masukkan mentega, kacau sehingga sebati. sejukkan sebentar.
2. Asingkan putih telur (3 biji) dan kuning telur (2 biji).
3. Pukul putih telur sehingga kembang dan pekat.. (test agak2 tuang tak jatuh kat kepala, hah jadi la tu)
4. Dalam bekas yang lain, pukul kuning telur, gula, vanila esen dan tambah 1 biji telur (putih + kuning) sehingga kembang.
5. Masukkan horlicks dan coklat dan kacau sebati.
6. Kemudian  masukkan putih telur tadi ke dalam adunan coklat dan kacau sehingga sebati..Semasa campur adunan putih telur kena kacau slow2 coz taknak  buihnya hilang..
7. Tuang adunan ke dalam loyang. sebelum itu lapis loyang dengan kertas (taknak bagi kek melekat kat loyang)
8.  Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 25-30 minit sehingga masak. (ikut kesesuaian oven korang ye)
9. Kalau nak lebih cantik, boleh hias mengikut kreativiti anda sendiri..

 p/s: kalau nak letak tepung pun boleh tapi tak jadi la nama kek tanpa tepung kan..kek ni lembab2 macam makan puding roti..


Tuesday, 25 September 2012

Coke & Sundae II

XTVT memborong novel oleh aku (macam la beli byk sangat)..aku beli 5 bijik jek..
memula amek 1, tengok kiri kanan hah amek 1 lagi..last2 5 bijik..kalau ikut hati alamaknya 1 kedai aku borong hehe

1st novel aku amek of cos la Coke & Sundae II..novel Coke & Sundae yang first aku khatam 3 kali haha romantik komedi memang aku gelak guling2..sampai adik aku marah aku dok gelak sorang2..
Coke & Sundae II pun best cam novel 1st..aku suka sangat watak anak dia 'Ameerul' comel2 gitu..tak boleh blah suka gigit telinga orang haha  

Takmo la aku komen lebih2 nak tau baca sendiri.. aku baca novel ni 1 malam jek aku abeh kan..nah baca sinopsis jek..kalau best haa cari la kat kedai..




Sinopsis:

Siapa kata orang yang dah mendirikan rumah tangga, tiada ujian macam orang yang sedang bertunang? Orang yang dah berumah tangga ni lebih besar ujiannya, tau. Azyan sekarang sudah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa buat suami tercinta dan anak tersayang.

Kalau dulu gaduh-gaduh manja, kali ini naik segala periuk belanga. Itulah yang terjadi kepada Syakir dan Azyan apabila mereka diuji dengan kehadiran doktor jelita ala Kareena Kapoor-Katrina Kaif.

Katrina ni pula memang sengaja menjolok sarang tebuan. Tak kisah jadi bini nombor dua kepada Syakir. 'Masak' Azyan dibuatnya. Entah di mana silapnya Syakir berubah hati secara tiba-tiba. Azyan penasaran. Lelaki kemain ramai dalam dunia tapi Si Syakir juga yang menjadi pilihan anak perempuan Pak Kaif tu. 

Pening Azyan kali ni. bukan apa... Katrina guna khidmat bomoh. Mana aci, kan? Masalah... masalah!  


p/s: kena baca coke & sundae I baru baca coke & sundae II, best sangat..thumbs up :p

Wednesday, 19 September 2012

Dinner Time

Malam tadi mak aku sesajer jek ngajak gi makan luar.. haaa ape lagi dah mak aku nak blanjer makan..
cecepat jek aku ngan adik bersiap..makan punya pasal laju jek siap nye..tak yah nak makeup bagai..
simple dah la..gi makan je pun..

Sampai kat kedai tu dalam kul 9.15pm..lepas order makan, layan tv3 Bukan Bidadari..
hah kau kul 10pm baru makanan aku siap..tandanya kedai tu memang ramai orang yerr..
ada aku kesah..janji makanan best, kenyang perut aku hehehe

Menu:
Nasi Goreng Ikan Masin + teh o ais (aku)
Nasi Goreng Pataya + teh o ais (adik)
Mee Ladna + teh tarik (abah)
Mi3 sup + teh o ais (umi)

total = RM 28.00

amacam murah kan..murah + sedap= perut kenyang senang hati :)

p/s: gambar memang takde..aku kan pemalas :p


Wednesday, 12 September 2012

Khasiat Bunga Melur

Sebelum ni aku tak pernah tau khasiat bunga melur/jasmine..yang aku tau aku suka betul dengan bau bunga melur.. bunga melur ni kan aromaterapi yang ori..baunya dapat menenangkan minda..aku rasa tenang dan dapat tidur lena (aku kan ada simptom2 insomnia)..bangun pagi aku rasa badan ringan dan minda relax..

aku ada terbaca mengenai khasiat bunga melur ni..rupa-rupanya banyak gak khasiat dari bunga melur ni.. meh aku share apa yang aku baca..



1. Untuk demam dan sakit kepala.. ambil segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya disapu ke dahi..ulang sehingga panas berkurangan..

2. Untuk sesak nafas, ambil 20 helai daunnya dirubus dengan secubit garam sehingga mendidih,. kemudian tapis dan minum airnya.

3. Untuk bengkak dari gigitan lebah, ambil segenggam bunganya diramas hingga hancur dan tampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.


4. Untuk sakit mata (mata merah) segenggam daun ditumbuk halus dan ditampal pada dahi. Setelah kering tampal yang lain pula. ulang sehingga berasa sedikit lega (sembuh)

5. Untuk menambahkan air susu ibu. caranya ambil beberapa daun bunga melur dan giling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi..kemudian cuci bersih sebelum menyusukan bayi..

6. Bagi ibu yang berhasrat untuk memberhentikan susu ibu, caranya dengan mengambil beberapa daun bunga melur ditumbuk lumat dan ditampal pada payudara

Selain itu, teh jasmine juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol, antioksida, mengurangkan stress, mencegah kanser tertentu, diabetes dan menguatkan sistem imun tubuh. Teh jasmine juga baik untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. Teh jasmine dapat merangsang badan kita untuk membakar kalori/lemak dan menyinkirkan toksid dalam badan melalui pembungan air besar.

Sunday, 9 September 2012

8 Tips Penjagaan Kulit

Setiap orang tak kira perempuan ke lelaki perlu menjaga kesihatan kulit sama ada muka dan badan..
aku ada beberapa tips yang boleh amalkan..kalau tak amal tak jadi la ye..

1.  Membersihkan kulit
Untuk tampil cantik dan segar perkara yang wajib dilakukan setiap hari tak boleh malas..
haaa mesti lah mandi sekurang2nya 2x sehari lebih lagi baik la kan nak2 kalau badan kita kuat berpeluh..
kena la rajin mandi baru la badan sihat dan tak berbau.. 
Selain tu, pengunaan sabun pun penting tau terutama yang jenis kulit sensitif ni elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit..kang tersalah sabun maunya alergik satu badan (aku la tuh)..aku syorkan guna sabun dettol sensitif..sabun dari jenama lain pun ok gak..terpulang kat masing2 la..

Sekiranya anda mempunyai kulit kering ada baiknya guna sabun yang lembut (mild)..cari lah sabun yang sesuai dengan kulit anda..dan paling penting elakkan pengunaan air panas kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kering..

2.  Gunakan Pelembab selepas mandi




Pelembab membantu mengekalkan kelembapan kulit. Bagi mendapatkan kulit yang mulus amalkan memakai pelembab selepas mandi terutama apabila mengunakan air panas. kadar kelembapan kulit akan berkurangan  dan dengan memakai pelembab dapat mengembalikan/mengekalkan kelembapan kulit.
Pengunaan pelembab mengikut kesesuaian kulit. untuk kulit kering pengunaan minyak bayi (baby oil) sangat sesuai.. aku syorkan guna Bio Oil (boleh hilangkan parut juga). Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, anda tidak perlu mengunakan pelembab..jika tidak kulit anda akan lebih berminyak dan mungkin akan mendatangkan masalah minyak berlebihan..

3.  Gunakan Toner
Toner berfungsi bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit yang berminyak, ia akan membuatkan kulit menjadi kering serta mengecutkanya. Toner dapat mengawal minyak yang berlebihan dan menjadikan kulit lebih sihat.

4.  Gunakan bahan pelembab mata di sekeliling kelopak mata
Pengunaan 'eye roll-on' boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif.
Selain itu, dapat mengurang/menghilangkan lingkaran gelap bawah mata dan menjadikan mata kita lebih sihat dan bersinar. Banyak produk2 pelembab mata di pasaran, kita hanya perlu memilih produk2 yang sesuai dengan kulit kita..jika produk tidak sesuai boleh menyebabkan masalah pada kulit sekitar kelopak mata.

5.  Lindungi kulit daripada cahaya matahari
Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Oleh itu, gunakan krim pelindung matahari bila perlu..Krim pelindung yang mengandungi SPF dan lebih tinggi SPF lebih baik. Pelindung matahari perlu disapu semula selaps 2-3 jam selepas berenang.

6.  Bersenam
Ada sesiapa yang selalu bersenam?? Bersenam secara bersekala boleh melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuklah kulit dan ia juga dapat mengekalkan kesihatan kulit. apabila kita berpeluh segala bahan kumuhan dalam badan akan keluar melalui peluh dan menjadikan kulit kita bertambah sihat dan anjal.

7.  Amalkan pemakanan 
Pemakanan yang seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral menjadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga..Apabila badan sihat, kulit pun bertambah sihat. amalan memakan sayuran dan buah-buahan yang kaya dangan vitamin adalah sangat baik untuk kesihatan kulit dan badan.
Dengan pengambilan makanan tambahan juga dapat menyihatkan tubuh badan serta kulit menjadi anjal (orang kata tak berkedut)

8.  Tidak Merokok
Katakan tak nak!!! Merokok menjejaskan kesihatan kita. bahan2 berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan paling kita takuti adalah boleh menyebabkan kanser..
Tidak bagus untuk kesihatan kita..

Sekian itu saja tips penjagaan kulit untuk kali ini..nantikan tips yang lain lak.. jadikan tips ini sebagai amalan..