Sunday, 30 September 2012

K-BOX : I WISH-FT ISLAND


I WISH-FTISLAND



Kita bukak kelab karok kat sini..yang suka lagu ni meh karok sekali yeh..

Baby naramyon jokesso guromyon jokkeso
lonely lonely oh sarang haejwo
do isangun honja igin shirunde uh uh uh I Love You

Wednesday, 26 September 2012

Kek Tanpa Tepung

Beberapa minggu lepas, aku tengok rancangan Nigella Bites kat AFC channel.. dia ada buat kek tanpa tepung..aku tengok cam sedap jek kek ni..so,aku try buat kek tak guna tepung..rupa kek memang tak cantik pun tapi sedap..kalau kita tengok cam kek tak menjadi jek..

sukatan resipi ni aku tak catat pun..aku kira ingat bahan dalam kepala jek..then aku buat sukatan sendiri...ala try and error jek..alhamdulillah menjadi kek nya..rupa sama macam Nigella buat..

Bahan2:
4 biji telur
150 g coklat masakan
100 g mentega
2 sudu besar gula (tak nak pun takpe )
2 sudu besar horlicks (resipi asal takde, aku tmbh sndri)
1 sudu kecil vanila esen

1. Cairkan coklat (double boiled) dan masukkan mentega, kacau sehingga sebati. sejukkan sebentar.
2. Asingkan putih telur (3 biji) dan kuning telur (2 biji).
3. Pukul putih telur sehingga kembang dan pekat.. (test agak2 tuang tak jatuh kat kepala, hah jadi la tu)
4. Dalam bekas yang lain, pukul kuning telur, gula, vanila esen dan tambah 1 biji telur (putih + kuning) sehingga kembang.
5. Masukkan horlicks dan coklat dan kacau sebati.
6. Kemudian  masukkan putih telur tadi ke dalam adunan coklat dan kacau sehingga sebati..Semasa campur adunan putih telur kena kacau slow2 coz taknak  buihnya hilang..
7. Tuang adunan ke dalam loyang. sebelum itu lapis loyang dengan kertas (taknak bagi kek melekat kat loyang)
8.  Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 25-30 minit sehingga masak. (ikut kesesuaian oven korang ye)
9. Kalau nak lebih cantik, boleh hias mengikut kreativiti anda sendiri..

 p/s: kalau nak letak tepung pun boleh tapi tak jadi la nama kek tanpa tepung kan..kek ni lembab2 macam makan puding roti..


Tuesday, 25 September 2012

Coke & Sundae II

XTVT memborong novel oleh aku (macam la beli byk sangat)..aku beli 5 bijik jek..
memula amek 1, tengok kiri kanan hah amek 1 lagi..last2 5 bijik..kalau ikut hati alamaknya 1 kedai aku borong hehe

1st novel aku amek of cos la Coke & Sundae II..novel Coke & Sundae yang first aku khatam 3 kali haha romantik komedi memang aku gelak guling2..sampai adik aku marah aku dok gelak sorang2..
Coke & Sundae II pun best cam novel 1st..aku suka sangat watak anak dia 'Ameerul' comel2 gitu..tak boleh blah suka gigit telinga orang haha  

Takmo la aku komen lebih2 nak tau baca sendiri.. aku baca novel ni 1 malam jek aku abeh kan..nah baca sinopsis jek..kalau best haa cari la kat kedai..




Sinopsis:

Siapa kata orang yang dah mendirikan rumah tangga, tiada ujian macam orang yang sedang bertunang? Orang yang dah berumah tangga ni lebih besar ujiannya, tau. Azyan sekarang sudah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa buat suami tercinta dan anak tersayang.

Kalau dulu gaduh-gaduh manja, kali ini naik segala periuk belanga. Itulah yang terjadi kepada Syakir dan Azyan apabila mereka diuji dengan kehadiran doktor jelita ala Kareena Kapoor-Katrina Kaif.

Katrina ni pula memang sengaja menjolok sarang tebuan. Tak kisah jadi bini nombor dua kepada Syakir. 'Masak' Azyan dibuatnya. Entah di mana silapnya Syakir berubah hati secara tiba-tiba. Azyan penasaran. Lelaki kemain ramai dalam dunia tapi Si Syakir juga yang menjadi pilihan anak perempuan Pak Kaif tu. 

Pening Azyan kali ni. bukan apa... Katrina guna khidmat bomoh. Mana aci, kan? Masalah... masalah!  


p/s: kena baca coke & sundae I baru baca coke & sundae II, best sangat..thumbs up :p