Assalamualaikum..
Hari ni kita share resipi Kek Coklat Berganda yang diubahsuai mengikut selera saya..
ada gaya jadi chef tak?
kek ni dah lama saya buat..alhamdulillah menjadi walaupun pestaim buat..
saya buat masa raya haji aritu..baru nak up sket..ok kita tak payah nak cerita panjang2..
kalau nak tau sedap ke tak boleh la try buat sendiri ye..saya tak la pandai pun..budak baru belajar jek..
KEK COKLAT BERGANDA
Bahan Kek:
300g Gula (kurang lebih baik)
125g Mentega
3 biji Telur
220g Tepung Gandum
3g serbuk penaik
7g soda bikarbonat
60g serbuk koko
310ml air
1 cawan horlicks (resipi asal takde, taknak letak pun boleh)
Topping (Coklat Ganache):
500g Coklat gelap/masakan
230g Susu Cair
140g Mentega
Cara Membuat:
- Mula2 pukul gula dan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan tepung gandum,serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan horlicks ke dalam bancuhan tadi. kacau sebati.
- Kemudian masukkan air dan kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45minit (sehingga masak)
- Setelah kek sejuk, sapukan topping coklat di atas kek dan hiaskan mengikut citarasa.
- Untuk membuat coklat ganache dengan memanaskan susu terlebih dahulu. setelah itu campurkan susu kedalam coklat yang telah dipotong2. Masak secara double boiling. Apabila sejuk masukkan mentega ke dalamnya dan masak sehingga cair. sejukkan sebelum digunakan.
*** untuk menghias saya lebih suka memotong kek kepada 3 bahagian dan dilapiskan dengan coklat ganache dan dihias mengikut citarasa saya..
*** kalau anda rasa sukatan coklat ganache banyak, boleh dikurangkan sukatannya. saya buat half jek..cukup2 untuk kek saya tu..
Selamat Mencuba :)