Saturday 28 April 2012

Ingin Berkasih Lagi



Ingin Berkasih Lagi merupakan karya terbaru Damya Hanna.. Saya belum habis pembacaan novel ini tapi tangan ni dah gatal2 nak post n3 novel ini. Maklum la saya bz sikit dalam seminggu ni tak sempat nak baca lagi..sila baca sinopsis novel ini ye..







Sinopsis Ingin Berkasih Lagi



Tidak mahu jatuh cinta! Itu prinsip Isyatul kerana bukan mudah untuk dia menyerahkan hatinya kepada mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi kepada Amrin yang sentiasa mengejarnya tanpa jemu. Entah kenapa prinsip itu terbang dibawa angin lalu apabila hatinya dapat menerima lelaki itu ke dalam hidupnya.

Amrin membawa rombongan merisik. Isyatul dilamar sebagai bukti tahap keseriusan lelaki itu mencintainya. Namun, rombongan merisik pulang dalam kehampaan. Isyatul kecewa. Ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan oleh ayahnya. Amrin pula merana sehingga membawa diri bertahun-tahun lamanya.


Keliru dengan percintaannya, Isyatul diduga dengan kehadiran Najwan. Sikap dan tutur bicara lelaki itu mencuit jiwanya. Dia ingin bercinta lagi. Namun, sejarah cinta lalu menyekatnya daripada menerima hati lelaki itu. Takut pisang berbuah dua kali. Apatah lagi, rahsia yang disembunyikan oleh ayahnya masih belum terungkai.






Thursday 26 April 2012

My Nestle Incredible Story

"Umi, Along nak minum milo nak satu gelas besar punyer," 
Itulah kata-kata aku sewaktu kecil apabila mintak minum dari umi. Sudah semestinya milo adalah kegemaran aku dari kecil sampai sekarang.



Woo, wooo setiap hari menjadi kelaziman aku untuk minum milo dan makan roti dengan milo (fav aku ye) sebelum ke sekolah. Kalau tak sarapan pagi alamatnya aku kat sekolah menjadi tidak bersemangat mula la aku  mengantuk dan tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas. Seperti lagu tema milo dulu2  "minum milo anda jadi sihat dan kuat". 

Masa sekolah dulu van milo selalu datang dekat sekolah aku.. Yea, yea van milo datang, begitulah gaya kami apabila melihat van milo dan semestinya air milo dari van milo memang yang terbaik "forever and ever" lah. Sekejap je van milo dikerumuni oleh murid-murid dengan muka seposen dan beratur panjang untuk dapatkan air milo percuma..I love u van milo.. Kenangan yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Miss u van milo..



Kenangan semasa belajar dulu  seperti dalam post yang lepas Aku & Coffee tak dapat dipisahkan :)




Selain milo dan nescafe, produk kesukaan aku dan keluarga adalah maggi. Perghh, maggi (pelbagai perisa) menjadi hidangan makan malam kami sekeluarga. Hurmm, boleh dikatakan hampir setiap malam kami makan maggi. Slurppp, sedap sangat terbaik wook...

Caya la Nestle dah ulang tahun ke 100.. Kami sekeluarga menggunakan produk-produk Nestle dari dulu sampai sekarang dan juga telah menjadi ahli keluarga Nestle.. Setiap tahun Nestle akan menghantar pamphlet produk terbaru..Thanks Nestle.. Luv u Nestle :)





Banyak suka duka riang ketawa anda membesar bersama-sama produk-produk Nestle kan. So, saya nak ajak anda berkongsi kenangan membesar bersama Nestle. Disamping kisah-kisah anda memberi seribu makna, anda juga berpeluang memenangi hadiah menarik iaitu wang tunai dari Nestle yang bernilai sehingga RM 100,000 untuk dimenangi setiap bulan! Klik disini !!!



Saya pasti anda mempunyai kisah-kisah menarik yang boleh dikongsi bersama. Saya juga dah menyertai peraduan Nestle 100 Years di sisimu dan anda bila lagi :)


Manfaat coklat untuk Kesihatan

C.H.O.C.O.L.A.T.E!!!!!!!!!!  i loike especially DARK CHOCOLATE...yum2..meh kita story manfaat coklat terhadap kesihatan kita..


Coklat  ni bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan. Hurmm, coklat juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Namun satu manfaat yang mungkin ramai orang suka termasuklah saya iaitu coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.
Antaranya:
1)Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2)Kulit sentiasa lembap dan segar.
3)Menegang dan menghaluskan kulit.
4)Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5)Mencegah kedutan pada wajah.


Bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin bagi menjaga kecantikan seharian iaitu sebagai:


Pelembut Kulit
Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja,ia ternyata bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembapkan kulit kerana ia ialah pelembap semula jadi yang luar biasa hingga menjadikan kulit kamu sentiasa lembut.


Melambatkan Kedutan
Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit.Bukan itu sahaja, kandungan catechin merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan,melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.


Mengurangkan Parut
Lemak coklat atau cocoa butter yang terkandung dalam coklat mempunyai keupayaan untuk mengurangkan garis-garis halus,mengurangkan bekas parut dan stretch mark.


Selamat mencuba :)

Sunday 22 April 2012

Cinta Gila-Dya Vanilla

Beberapa hari lepas aku dah habis baca novel yang aku beli 2 minggu lepas kot..ala yang aku post dalam koleksi novel terbaru. Aku ni kan selalu lambat beli novel yang dah kuar beberapa bulan lepas (tak kesah la asal aku dapat beli jek). Jalan cerita pun menarik sure tak boring la baca novel ni mengenai kehidupan lesbian dan gay dan akhirnya menjadi normal kembali dengan izin-Nya. Kisah cinta antara Nurislam dan Irham yang akan mencuit hati sesiapa yang membacanya termasuklah saya ye ;P Kalau nak tahu selanjutnya sila baca sinopsis kat bawah ni ye..






Sinopsis novel Cinta Gila karya Dya Vanilla

Nurislam indah namanya sesempurna ciptaan Tuhan. Namun sikap dan jiwanya yang keras menjadikan dia seperti lelaki. Akhirnya terjerat dengan cinta songsang dalam meniti arus remaja. Dia tidak peduli jika ada yang sakit hati. Dia tidak kisah jika ada yang sakit mata. Itulah dunianya. Kehadiran seorang lelaki yang dianggap mengganggu pantas saja membuat hidupnya kacau. Dialah abang angkat, musuh ketat dan merangkap suami yang dinikahi tanpa sengaja. 

Sifat Nurislam yang tidak seperti wanita lain menyebabkan dia terus-terusan jadi hinaan Irham. Hidupnya kacau semenjak dia mengenali lelaki yang berlagak macho itu. Pernikahan yang secara tidak sengaja mengundang penyesalan yang amat sangat di hati Nurislam.

“Kalaulah aku tahu kau yang jadi laki aku,tak hingin aku nak kahwin dengan kau! kaulah orang yang paling aku benci dekat atas dunia ni!” marah Nurislam.

“Habis, kau ingat aku terdesak sangatlah nak kahwin dengan kau? Sedarlah diri kau tu sikit. Rasanya tak perlulah aku cakap kau tu siapa. Kau sendiri pun tahu. Dengar sini baik-baik. Kalau tak disebabkan ayah akuyang paksa aku buat semua ni, mati hidup semula pun belum tentu aku nak kahwin dengan kau!”

Ada saja hujah lelaki itu untuk menyakitkan hatinya.Dalam keadaan keliru begitu,muncul Asyraf Haqimi cuba menawan hati Nurislam yang berhati batu itu.Sikap Asyraf yang merendah diri jauh berbeza dengan Irham.Sungguh!

“Bagilah peluang pada saya.Pandanglah ke arah saya sekali.Jangan anggap saya seperti tidak wujud.Tolong jangan layan saya begini.”

Keadaan jadi lebih gila bila Irham pula cuba mencuri perhatian Asyraf yang jelas tidak berminat dengan gay sepertinya. Dua lelaki itu akhirnya membawa Nurislam kepada persoalan misteri yang begitu sukar untuk dirungkai.

Dalam kealpaannya, seorang sahabat meninggal dunia kerana kemalangan tragis. Diari sabahatnya yang ditemui mengembalikan Nurislam pada landasan yang sebenar. Dia benci dengan takdir hidupnya. Namun, terlalu indah percaturan Tuhan untuk dipersoalkan.

Kini, dia semakin pasti gerak hatinya benar walaupun sesuatu itu tidak semestinya terjadi seperti apa yang kita inginkan. Pergilah cinta gila, pergilah buat selamanya...


Selamat Membaca :)


Friday 20 April 2012

Aku & Coffee


Sape suka minum coffee??? Sila angkat tangan tinggi2!!! MEEEEEEEE..........of cos la flyme suka minum coffee especially coffee ais.. Masa study dolu2 kan aku teramat la suka minum coffee boleh dikatakan 2x sehari aku minum coffee ++ gula2 KOPIKO/ESPRESSO. Kadang2 beli yang dalam tin dari mesin air gedegang (mesin air tin). Member cakap aku dah terlebih kafien dalam badan aku (bolayan jek deme2) coz aku tak ngantuk pun dalam kelas hehehe member2 aku dah layu jek lam kelas tuh.. Haaa kau kalu dah ngantuk 2 mula la cari aku neh kan supplier gula2 KOPIKO mula la pakat2 mintak ngan aku..Wahh sodop jek kan korang mintak ngan aku bagai huhh..tu cite masa aku study dolu2 la. 




Pernah masa aku nak amek exam semangat aku study tak nak bagi ngantuk nye pasal aku pun beli la nescafe mocha dalam tin (fav aku)...Hmm 2 hari aku tak boleh tidur haha kena penangan coffee (selalu aku minum ok jek) ntah kenapa waktu tu aku sampai tak boleh tidur..agaknye dalam badan aku ni memang terlebih kafien kot. Sekarang pun aku masih minum nescafe dalam tin tak ada pulak aku sampai tak boleh tidur..Hairan bin Ajaib aku ngan badan aku ni..

Ala coffee ni ada baik dan buruk nya kan..yang penting i loike (ada aku kesah haha badan aku suka ati aku la kan). yang paling best nya coffee ni boleh buat aku tak mengantuk. senang aku nak buat keje kalau tak asyik nak menyengguk jek.. Emm,bagi sape2 yang ada migrain tu aku sarankan tak payah lah minum coffee ni kang mudarat kesihatan pulak kan. Semua tu depands kat badan kita la. Kalau badan kita kuat daya tahan boleh la minum ye (ehcece dah macam doktor aja).






Haaa cute tak?? sayang kan nak minum (gambar incik google jek) 

Adios!!!!!!!!!


Thursday 19 April 2012

Pelunturan Untuk Kulit Lebih Putih

Hari ni aku nak share sikit info mengenai pelunturan kulit supaya kulit menjadi lebih putih yang semakin digemari ramai. Ada pro dan kontra apabila kita melakukan pelunturan kulit ni.


putih

Namun mungkin masih ada yang kurang mengetahui tentang teknik ini. Pelunturan kulit merupakan teknik menghilang atau mengurangkan pigmen berwarna gelap yang dikeluarkan oleh sel melanosit sehingga menghasilkan kulit yang lebih putih dan cerah.Pelunturan kulit mampu bertahan selama dua hingga tiga bulan. Teknik ini dikatakan tidak berbahaya terutama jika ia dilakukan dengan betul. Walau bagaimanapun kamu haruslah mengetahui jenis kulit kamu supaya tidak terjadinya alergi setelah melakukan pelunturan atau mengakibatkan gatal-gatal pada kulit. Gatal-gatal yang terjadi setelah proses pengelupasan boleh disebabkan oleh dua perkara iaitu kulit sensitif dan faktor jangkitan ringan yang bersifat sementara.

Biasanya gatal-gatal sementara itu ialah proses keserasian yang terjadi antara kulit dan krim pelunturan. Setelah itu, gatal-gatal akan hilang dengan sendirinya. Hasilnya sudah dapat dipastikan, kulit menjadi lebih putih dan tampak bercahaya. Bukan hanya kulit saja, namun rambut pada daerah di sekitar tubuh yang dilunturkan itu juga akan berubah warnanya menjadi lebih cerah dan menyerupai warna kulit. Teknik ini berkesan dalam waktu yang pantas.Bahagian seperti tangan atau kaki hanya memerlukan waktu kurang daripada setengah jam. Tetapi untuk keseluruhan badan, kamu memerlukan waktu kira-kira satu jam setengah, bergantung pada jenis dan warna kulit kamu. Meskipun tidak berbahaya, pelunturan pada dasarnya akan mengubah warna pigmen melanin kulit.

Penggunaan untuk jangka panjang dan kurang hati-hati dalam proses penggunaannya boleh menyebabkan terjadinya kanser kulit. Oleh sebab itu,jika kamu tidak mahir atau tidak biasa melakukannya, sebaik-baiknya dapatkanlah bantuan daripada pakar dan jangan sesekali mengaplikasikannya sendiri.



**PS: Jangan lah menyakitkan diri sendiri demi kecantikan yang tak kan kekal lama. Kulit putih ke hitam ke semua kurniaan daripada Allah S.W.T tak usah lah kita cuba untuk mengubah kejadian-Nya. Bersyukurlah dengan kejadian-Nya. Amin

Monday 16 April 2012

Yummy Yummy

Taim2 cuaca panas ni kan, tetibe jek teringin nak minum koktail buah-buahan. So, aku gi kedai beli bahan-bahan untuk buat koktail ni. Sampai jek kat rumah terus aku masuk dapur and buat la apa yang patut
akhirnya..Tadaaaa siap pun koktail buah-buahan daripada aku hehe..



Koktail tu aku letak dalam gelas jek (yang aku punya)..Suka ati la nak letak dalam mangkuk ke gelas ke kan..of cos la aku buat dalam mangkuk hehe..Koktail ni best makan sejuk, nak2 cuaca panas kan perghh sedap sangat sejuk dengan manis buah kan.. Aku buat koktail yang paling simple + cepat = nyum2..


Bahan-bahan:
1 tin buah-buahan campuran koktail
1 tin susu cair
1 paket jeli
Nata de Coco (perisa ikut citarasa sendiri)
Beberapa ketul ais

Cara-cara:
  1. Campurkan buah-buahan campuran dengan susu cair.
  2. Kacau rata dan tambahkan jeli.
  3. Masukkan ketulan ais dan hidangkan.


**Kalau kurang manis boleh tambah susu pekat/gula + sedikit air.

Sunday 15 April 2012

Calon Jodoh Untuk Adik


Malam tadi aku finish kan baca novel Calon Jodoh Untuk Adik karya terbaru Areila Sahimi selepas novel Yes, Boss!. Memang terbaik la karya beliau puas hati dalam 1 hari jek aku dah habis baca. Kalau nak tau best ke tak korang try baca sendiri. Bagi aku memang best la.


Sinopsis Novel

'Mengangkat' Arissa yang sudah besar panjang itu untuk menjadi adik, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Dia dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia!

Tanpa boleh berkata tidak, dia akur apabila itu adalah permintaan terakhir daripada Azmer yang perlu dituruti. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja 'tembakan peluru torpedo' yang keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee....Bersabar itu separuh daripada iman.

Sumpah! Hidup dia jadi tak tentu arahbila abang dah tak ada. Lupakan ajelah perkara yang dah lepas tu. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik. Percayalah hati.

Tetapi dia cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada kakak yang lain. Cukuplah Kak Ina, tak perlu ada kak Maisarah. Sakitnye hati bila Abang Ee berbaik-baik semula dengan Kak Maisarah kerana dia tahu, sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abang Ee.

Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak 'madukan' mereka berdua? Abang Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!


Friday 13 April 2012

Oh Mataku Sembab


Aku ni kan spesis tidur lambat kadang2 ade gak taim sampai tak boleh tidur (jarang-jarang bak kata nujum pak belalang), hah kompem la mata sembab kan. Malu wehh nak jumpa orang dengan mata camtu kan. Apa lagi kalut la aku nak menghilangkan mata sembab ni so aku guna la cara yang cepat dan mudah dengan menggunakan Garnier Eye Roll-On untuk mengurangkan  kesan sembab pada mata. Sejak aku guna produk ni lebih praktikal la dan kesembapan mata aku berkurangan then touch up la sket dengan compact powder tak pun aku tempek2 dengan BB cream boleh la sorok mata sembab tu.








Aku nak kongsi gak la beberapa petua tradisional (petua orang2 tua) yang selalu aku amalkan selain guna eye roll-on iaitu: 



  1. Timun mengandungi astrigen yang boleh membantu menyegarkan mata yang bengkak atau sembab. Ambil hirisan timun dua keping (seelok-eloknya timun yang disimpan dalam peti sejuk). Letakkan hirisan timun di atas kelopak  mata dan biarkan selama 10-15 minit.
  2. Teh-cuci uncang teh yang telah digunakan dan disimpan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 10-15 minit. Letakkan pada bahagian mata yang sembab sambil berehat setiap kali sebelum dan selepas bangun tidur. Lakukan dalam tempoh 15-20 minit beberapa kali seminggu.
  3. Ketulan ais juga boleh digunakan dengan menggosokkan ketulan ais pada bahagian lingkaran mata yang sembab atau bengkak secara perlahan-lahan mengikut arah bertentangan (ke arah dalam seperti lawan arah jam).
Sebenarnya banyak lagi cara untuk hilangkan mata sembab ni korang boleh la search kat internet ye. Petua yang lain tu aku tak pernah try so aku tak boleh cakap keberkesanannya korang boleh la try sendiri. 

Try ur self :)

Thursday 12 April 2012

NONGKRONG a.k.a NGANGKUNG 2


Nongkrong a.k.a Ngangkung 2


Baru-baru ni aku tertengok iklan filem Nongkrong kat tv bape tah aku lupa lak. Cite ni aku tengok cam best jek sah2 la kelakar kan. Then aku cari la pasal cite ni tak sabar aku nak tengok (10.05.12) baru ditayangkan. So,aku tengok trailer nongkrong kat youtube. Ni aku ade letak trailer Nongkrong. Jom layann......







Sinopsis Nongkrong

Nongkrong mengisahkan tiga pemuda iaitu Aman (Angah), Bada (Sam) dan Cumi (Epy) yang cuba mencari kekayaan dengan menggunakan jalan yang tidak sepatutnya iaitu meminta nombor ekor.

Cumi terdesak ingin meminang kekasihnya, Lin (Nuremy) manakala Bada dan Aman yang mahu mengubah nasib keluarga, tekad menemui bomoh bagi melaksanakan hasrat mereka. Segala-galanya bermula apabila seorang bomoh handal menjalankan upacara memanggil puteri laut untuk membantu mereka. Puteri bersetuju dengan syarat salah seorang daripada mereka bertiga iaitu Bada perlu berkahwin dengannya

Melihatkan kejelitaan Puteri, Bada tanpa bertangguh terus bersetuju. Usai sahaja upacara perkahwinan, Puteri bertukar rupa menjadi hantu yang menakutkan menyebabkan semua mereka lari lintang pukang. Bomoh pula dibunuh oleh hantu Puteri.

Hidup mereka berubah apabila hantu Puteri terus mengejar dan menghantui kehidupan mereka termasuklah menganggu Zura (Siti Aziz), isteri Aman yang sedang hamil dan Haryani, anak perempuan Bada yang masih kecil.



Dibintangi oleh:  Shaheizy Sam, Angah Raja Lawak, Epy Raja Lawak, Fyza Kader, Mon Ryanti, Liyana Rafiai

Monday 9 April 2012

Cupcake Comel

Cupcake
Cupcake ni aku beli kat satu kedai ni dalam beberapa hari lepas. Disebabkan kecomelan cupcake ni aku beli. Yang aku tak puas hati nya boleh lak letak cupcake tu dalam plastik jek. Tak kan aku nak cancel beli kan nanti dikatakan mengada2 lak. Dengan penuh hati2 aku bawak cupcake tu tak nak bagi kek tu kemek siap pegang dengan dua2 tangan.Adoiyaii, patut nye dia letak la dalam kotak cupcake ni tak. Kalau nak jimat pun agak2 la hati customer kena jaga gak (nanti tak de orang pergi kedai ko kang).

Lagi satu rasa nya lak hmm tak sedap pun and kek pun keras jek. (lain kali tak nak aku beli kat kedai tu lagi). Cupcake yang biasa aku beli lembut jek rasa pun sedap memang puas hati la, servis pun ok kan. Nak buat sendiri malas jadi beli je la. Dapat yang sedap memang best, sekali kalau dapat yang tak sedap ni mula la rasa nak buat sendiri kan?







Koleksi Novel Terbaru

Koleksi Terbaru


Semalam aku kuar jalan2 cuci mata maka tersinggah lah dekat kedai buku. Kali ni aku beli novel karya Damya Hanna yang terbaru Ingin Berkasih Lagi dan Bicara Hati (novel dah lama kuar ganti koleksi novel aku kena curi dulu), karya of cos la Areila Sahimi-Calon Jodoh untuk Adik, Bini Aku Tomboy ke?-Arisa Eriza dan Cinta gila dari Dya Vanila.


Aku ni pantang kalau dah menyinggah kat kedai buku ni kompem2 la tak sebijik dua novel aku beli, selalunya terover sampai 5,6 bijik aku amek. Hah kau sekali bayor dah dekat RM100 lebih memang sah la kan nasib baik la kedai tu bagi diskaun 10% kira ok la dari kedai yang tak bagi diskaun ni. Aku ni memang pantang nampak novel terus gatal tangan nak beli. Kalau bajet ciput aku beli la sebijik dua, nampak bajet ade lebih aku beli la lebih.  



Ada satu aritu budak cashier kat kedai tu tanya aku lebih kurang cam ni la:

Cashier: Banyak beli novel kawan kirim ke? 
Flyme: Tak la tok baca sendiri nak buat koleksi.
Cashier: Bestnya dapat buat koleksi. Saya pinjam novel orang jek.
Flyme: Saya tak suka pinjam novel orang, baik saya beli sendiri tak de nya nak barang orang.

Terus senyap budak cashier tu. hehe

Mungkin dia pelik kot coz orang lain sebijik dua jek sekali beli, aku ni lain lak sekali beli 4,5 bijik mau tak pelik  kan. Aku tak suka nak pinjam yang orang punya, aku lebih suka jadi hak milik kekal walaupun mahal sekali pun aku sanggup beli dari meminjam ni melainkan aku tak mampu (novel je pun) kena la pinjam gak kan.

Sekian, tamat lah sudah story hari ni :P

Friday 6 April 2012

Hujan Air Batu/Manik

Meh aku nak story mory ckit..


Petang tadi aku plan nak cuci kereta yela dah lama aku tak sental daki-daki kat badan kereta ni.. Baik nye aku plan lam 5.50pm ujan turun dengan lebatnya sekali ngan ribut ade la beberapa minit. Terbantut tahap kerajinan aku tok kerja2 amal hahaha.  Taim tu aku dengar bunyi ujan kuat semacam rupe2nye ujan lebat beserta ngan ujan manik. Mula2 aku ingat ujan batu mak aku cakap tu ujan manik kecik2 cam manik jek. Sempat gak la aku kutip manik2 jatuh (gambar tak sempat nak amek coz manik kecik jek cepat lak cair nye). So, aku letak gambar google ye. Manik yang aku kutip tu kecik sket la dari gambar google tu. Ni la first time aku tengok ujan manik sempat gak la aku sentuh sejuk macam ais jek. Excited giler aku haha siap kejut adik aku tengah tidur suruh tengok air batu/manik (hover tol kih3)


Ni aku kongsikan sedikit info mengenai Hujan Air Batu.


Hujan Air Batu




Hujan Air Batu merupakan sejenis kerpasan yang terdiri dari ketulan atau bola air batu dengan diameter purata 5 mm-50 mm. Hujan ini cuma boleh terjadi dari awan kumulonimbus (awan petir). Salah satu proses pembentukannya adalah melalui kondensasi wap air lewat dingin di atmosfera pada lapisan di atas freezing level. Air batu yang terjadi dengan proses ini biasanya berukuran besar. Kerana ukurannya, walaupun telah turun ke aras yang lebih rendah dengan suhu yang lebih hangat tidak semuanya mencair. Hujan air batu tidak hanya terjadi di negara sub-tropika, tapi boleh juga terjadi di kawasan khatulistiwa. 


Proses lain yang dapat menyebabkan hujan adalah riming, dimana wap air lewat dingin tertarik ke permukaan benih-benih air batu. Kerana terjadi pengembunan yang mendadak maka terjadilah air batu dengan ukuran yang besar.





Wednesday 4 April 2012

Daun Bunga Raya Hilangkan Gatal Kepala



Daun Bunga Raya





Dua hari lepas kepala aku gatal sangat sampai luka-luka kulit kepala aku (bukan kelumumur tau tapi naik ruam2). Aku ni malas lak nak gi klinik so, aku amek daun bunga raya 4-5 helai then ramas daun dengan air sampai kuar lendir, pastu aku lumur kat kulit kepala. Rasa sejuk sangat (cam nak terbang jek hehe coz kepala aku rasa nyaman). Aku biar dalam 15 minit then bilas lah. Aku amalkan dalam beberapa kali. Hasilnya, ruam2 kat kepala aku dah hilang dan rambut aku lak jadi lembut jek.

Ni la petua dari orang tua untuk hilangkan kegatalan kulit/ruam2 kat kepala. Selalu gak aku amalkan tiap kali naik ruam/gatal kepala.

Daun bunga raya ni mempunyai antioksidan yang dapat mengawal tahap kolestrol dalam badan kita. Banyak gak khasiatnya untuk menyejukkan suhu badan, melembutkan rambut, menghitamkan rambut dan mengurangkan rambut gugur. Caranya sama jek amek daun dan ramas dengan air sampai kuar lendir, sapu kat kepala then amalkan beberapa kali insyallah akan hilang gatal kepala tu. 


Selamat mencuba :)

Tuesday 3 April 2012

Are you ready for #PartyRockinKL LMFAO??!!! Meet them before the concert! Here's how

Are you ready for #PartyRockinKL LMFAO??!!! Meet them before the concert! Here's how

Novel Kegemaranku




Sinopsis Kan Kukejar Cinta Kamu

Alma binti Datuk Seri Hakim - Penggoda, nakal, selamba, romantis, anak manja papa.
Mukramin Raiyan bin Muzzammil - Lemah iman, cucu kesayangan, harapan abah, hilang identiti, keliru.

Daya tarikan Alma - Berani tanpa peduli orang. Lucu tanpa sedar (selamba) dan cantik di mata Raiyan.
Daya tarikan Raiyan - Tampan di mata Alma. Anak musuh papanya. Pelik, kenapa perlu berhati-hati dengan keturunan Datuk Raqib sedangkan Raiyan ‘okey’ aje..

-----------------------------
Mereka bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara. Dua tahun berkenalan mengukuhkan cinta mereka. Kerana cinta, mereka lupa segala sengketa keluarga. Kerana cinta, mereka lupa pesan papa dan abah mereka. Kerana cinta mereka berkahwin secara senyap sebelum tiga bulan kembalinya ke tanah air. 

Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. Alma hilang arah. Papa pernah berpesan, “Jangan dekati keluarga Datuk Raqib (datuk Raiyan). Nek Bonda (nenek Raiyan) ada mengugut. “Sekali kau dekat dengan Raiyan, berkali-kali kau akan kecewa.” Raiyan juga pernah berpesan, mereka mesti sama-sama hadapi halangan keluarga. Jika sendirian, boleh karam. Ada makna pesan suaminya. Rupanya, Nek Bonda ala-ala Hitler!

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, (tapi Nek Bonda tahu statusnya) dia buru  dan dekati Raiyan dalam senyap. Dia langgar perintah papanya dalam diam. Dia ingkar amaran Nek Bonda demi cinta dan rindunya. Jika terang-terangan menjatuhkan ego dan maruah papa. Jika berterus-terang,  hidup keluarganya terancam.  Dan, tak mustahil Raiyan yang keliru terus lari!

----------------------------
Hisy! aku nak kena mulakan, ke? Hmm...buat muka selenge. Eh! tak ke nanti dia kata aku perempuan jahat, ya lah cuba goda dia. Eh...eh...nanti dulu, yang aku goda bukan ke laki aku? Apa pulak aku jahat, kan? Jadi perempuan baik? Lemah-lembut, sopan-santun? Lagi boson kot. Argh! tak boleh jadi ni! - Alma

You ni cantik. Buat I tergoda selalu. Tapi sayang, macam-macam perangai, buat I tergolek, pening tau. - Raiyan.

----------------------------
“Perkahwinan ni rupanya memang betul-betul kesilapan. I harap sangat bukan kesilapan.” Itulah ayat Raiyan, kunci keyakinan Alma. Dia redah lagi onak dan duri demi mengembalikan bahagia dua tahun tiga bulan mereka bersama, bercinta dan berkahwin ketika di Ireland tanpa kelibat Dilaila, Huzail, Qistina, Zack, papa, abah dan Nek Bonda si Hitler...



Bagi aku novel ni ada macam2 perasaan, sekali dah baca non-stop dibuatnya dalam satu ari jek aku dapat abeh baca novel ni. Novel ni da jadi salah satu novel fav aku. Taim2 aku boring bleh jek aku layan novel ni..Santai gile la..