Tuesday 27 November 2012

KEK COKLAT BERGANDA

Assalamualaikum..

Hari ni kita share resipi Kek Coklat Berganda yang diubahsuai mengikut selera saya..
ada gaya jadi chef tak? 

kek ni dah lama saya buat..alhamdulillah menjadi walaupun pestaim buat..
saya buat masa raya haji aritu..baru nak up sket..ok kita tak payah nak cerita panjang2..
kalau nak tau sedap ke tak boleh la try buat sendiri ye..saya tak la pandai pun..budak baru belajar jek..

KEK COKLAT BERGANDA



Bahan Kek:
300g Gula (kurang lebih baik)
125g Mentega
3 biji Telur
220g Tepung Gandum
3g serbuk penaik
7g soda bikarbonat
60g serbuk koko
310ml air
1 cawan horlicks (resipi asal takde, taknak letak pun boleh)

Topping (Coklat Ganache):
500g Coklat gelap/masakan
230g Susu Cair
140g Mentega

Cara Membuat:
  1. Mula2 pukul gula dan mentega sehingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga sebati.
  2. Masukkan tepung gandum,serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk koko dan horlicks ke dalam bancuhan tadi. kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan air dan kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan adunan tadi ke dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 45minit (sehingga masak)
  5. Setelah kek sejuk, sapukan topping coklat di atas kek dan hiaskan mengikut citarasa.
  6. Untuk membuat coklat ganache dengan memanaskan susu terlebih dahulu. setelah itu campurkan susu kedalam coklat yang telah dipotong2. Masak secara double boiling. Apabila sejuk masukkan mentega ke dalamnya dan masak sehingga cair. sejukkan sebelum digunakan. 
*** untuk menghias saya lebih suka memotong kek kepada 3 bahagian dan dilapiskan dengan coklat ganache dan dihias mengikut citarasa saya..
*** kalau anda rasa sukatan coklat ganache banyak, boleh dikurangkan sukatannya. saya buat half jek..cukup2 untuk kek saya tu..
Selamat Mencuba :)

Saturday 24 November 2012

CIK ME aka Belog

Assalamualaikum..

Do u miss me Cik ME?
perasan tak abeh2 huhu anok sapo la ni..
lama sangat saya tak update pape even MV pun..hmmm

Lepas raya aji aritu kemain buat2 bizi haha padahal takde menda buat pun..
dok umah goyang kaki sambil layan cite korea..wahh syok kan hidup macam ni..
walaupun...nan ado..

Eh! Eh! belog saya dah ada nama la..
Cik ME sedap tak?
mulai hari ni belog saya dengan rasminya saya letak nama Cik ME..
pepandai jek..
tetibe dapat idea nak letak nama belog ni..
pikir punya pikir ter ter sebut Cik ME..haa kira jadi la ye nama ni..

Nama belog: Cik ME
Nama tuan belog: FLYME
umo belog: baru 8 bulan
umo tuan belog: xoxo (secret)

Thursday 25 October 2012

Esok Hari Raya!!!

Esok hari raya..Esok hari raya..
hari ni mesti dah ramai yang balik kampung tercinta wahh syok2 jumpa sanak saudara yang jauh dimata kan..kan..
aku memang tak balik kampung coz aku memang dah dok kampung 
hehe
takde nak rebut2 balik kampung..iloke my kampung..peace KELANTAN!!

Esok kita raya Haji..Esok kita raya Haji..
best dapat tengok orang buat korban..siap sedia dengan lembu masing2 ye..
jangan terlepas nanti melepas..
then makan time..nyum2 daging lembu yang fresh..
sedappp nyerrr
yea yea
(huh kalah bebudak *pang20kali*)

Raya haji jek aku tak bizi..raya puasa hari tu bizi bebenor..SEMPUTTT
mana nak siapkan jahit manik baju, buat biskut raya sendiri plus mak saudara tempah lagi..
kemain bizi tol..

tok raya ni aku bleh rilek2 ye..takde nya jahit baju bagai..pakai yang mana ada jek..
jangan nak sakan sangat la..bagi budak2 udah le..

apa aku nak buat hari ni ye..kita listkan dulu..
1. basuh kereta (wajib dah lama tak mandi)
2. buat biskut raya-cornflakes madu (wajib tiap2 raya)
3. buat kek (hurm tak decide lagi nak buat kek apa)
4. kemas rumah (esok kan raya, rumah kena kemas)
5. buat ketupat palas (ngah try test buat ketupat ciput2 dulu)
6. tengok tv (acara wajib setiap hari haha)

tu je la kot xtvt aku hari ni..tak boleh buat banyak2 aku kan PEMALAS! 
kalau dah kena penyakit M ni memang tak gerak la keja aku..
sebelum penyakit aku datang baik aku cau cin cau dulu..

Salam Aidiladha buat seluruh umat islam dimana jua..
kepada umat islam yang menunaikan ibadat HAJI, semoga anda mendapat HAJI MABRUR dan selamat kembali ke pangkuan keluarga tersayang..amin..
kepada yang sudi baca belog saya yang ntah papa ni,terima kasih banyak2 
(sudi2kan melawat belog ini)

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MAAF ZAHIR & BATIN
-Flyme-


Monday 22 October 2012

Kampung Girl



Sinopsis:

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?


THUMBS UP: 9/10

Projek Memikat Suami



Sinopsis:
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin
  Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.
“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna
“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?
“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin
Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!



p/s: memang lawok okey..malu tapi mahu..yang berminat boleh jek ikut projek dorang ni ye :p


THUMBS UP: 9/10

Sunday 21 October 2012

Dah Jodoh


Novel ni aku baru lepas baca semalam..best okeh..ada resipi cinta lagi..wahh macam2 rencah ye..macam 5 rencah 5 rasa gitu..yang best ada semangat kekeluargaan dan dahulukan keluarga dalam segala hal..syok2..



Sinopsis:


Ikatan pernikahan ini wujud kerana salah faham. Itu yang Nasira mampu bariskan untuk menggambarkan ikatan yang telah membawa gelaran isteri kepada dirinya. Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura. Tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. Apabila kecurangan itu terbongkar, dua hati terluka minta disembuhkan. Tak sampai dua jam berkenalan dan baru saja bertukar nama, mereka telah ditangkap basah. Ini terjadi akibat salah faham. Nyata, mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah. Untuk menjaga nama baik kedua-dua belah keluarga, tiga hari kemudian mereka dinikahkan.


“Kenapa awak setuju kahwin dengan saya?” Nasira bertanya dengan lembut.


“Dah jodoh I dengan you. Nak buat macam? Terima ajelah.” Nuqman membalas dengan selamba.

Mengenali Nasira membuatkan Nuqman jatuh cinta semula. Luka di hatinya menghilang begitu sahaja kerana takdir yang dia terima cukup indah. Tidak timbul isu frust menonggeng kerana kecurangan Zura. Tidak sempat dia hendak melayan blues, hatinya terisi semula.

Sejak mengenali Nuqman, Nasira kenal erti keluarga. Sementelah dia telah dibuang keluarga kerana kes tangkap basahnya itu. Dia tahu erti kebebasan dan erti kebahagiaan sejak menjadi ahli keluarga Nuqman yang menerima kehadirannya dengan tangan dan hati yang terbuka. Pertama kali bertentang mata dengan Nuqman, dia beranggapan bahawa lelaki itu adalah seorang yang tegas lagi garang. Rupa-rupanya lelaki itu seorang yang menyenangkan kerana pandai menghiburkan hatinya. Semakin lama dia mengenali lelaki itu, dia semakin tertarik dengan Nuqman.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, baru belajar bercinta. Dalam belajar bercinta mereka dapati cinta sahaja tidak mencukupi. Harus ada ‘perencahperencah’ lain. Rumah tangga mereka dilambung ombak yang hampir menghanyutkan mereka. Nasib baik ada yang sudi menghulurkan tali, agar mereka tidak terus hanyut dibawa badai.


Bertitik tolak dari situ, mereka terus belajar bagaimana bercinta, berkasih dan hidup bersama sehingga mereka cukup kuat melalui setiap dugaan bersama-sama.



Mereka belajar mencari adunan yang paling tepat untuk kasih mereka. Mencari adunan kasih hati mereka. Mencari adunan cinta mereka. Bisakah mereka menemui resipi adunan itu? Atau adakah mereka akan terus mencari resipi adunan hati?



“Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut, kita akan menemui kunci bahagia itu.”



THUMBS UP: 8/10


K-BOX: QUE SERA SERA-DORIS DAY

Kali ni kita layan lagu klasik ye..lagu 50an..sape tak pernah dengar lagu ni, boleh layan sambil2 tengok mv kat bwh..aku suka lagu ni..cam bagi semangat dua mangat kat aku..moh layan..

QUE SERA SERA - DORIS DAY



Que Sera Sera
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera Sera
What will be, will be

Thursday 18 October 2012

Suamiku, Encik Perfect 10!


Novel: Suamiku, Encik Perfect 10
Penulis : Syamnuriezmil
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen. 

Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

p/s: Ada ke yang dah impikan dapat mr.perfect 10 ni..cari jangan tak cari :)


THUMBS UP: 9/10

next: Persis Puteri

Kerjaku Tambah Novel lagi

Dah lama aku tak update novel yang aku baca kan..dalam seminggu dua ni keje aku baca novel jek..kalau dah start susah nak brenti..ada la dalam 5-6 bijik lagi yang aku blom baca..
hari tu aku memborong dalam 6 biji..2 minggu sblm nya aku borong 5 bijik..
kiranya stok banyak lagi la kan..

novel ape ek yang latest aku baca:

1. Encik Abangku Romantik - Elee Mardiana
2. Awek Buku & Cornflakes Madu - Annis Rizani
3. Cinta Kontrak - Nurul Ain Syuhada
4. Projek Memikat Suami - Hanina Abdullah
5. Kampung Girl - Umi Kalsom
6. Dah Jodoh - Iman Nizrina
7. Persis Puteri - Ezi Afiza
8. Suamiku Encik perfect 10 - Syamnuriezmil

ade lagi beberapa bijik tapi aku lupa lak titlenya..biase la stok novel tok sebulan..
nanti aku up sinopsis novel je la tak kan aku nak up novel..nak tau best ke tak..sila la dapat kat kedai berhampiran..

bagi aku semua novel2 di atas memang bleh nak layan plus tambah ilmu haha ilmu memikat okey..
daripada dok melangut jek baik baca novel ada gak pekdahnya..tak la buang masa..sambung balik baca novel..
ok cau cin cau..


Sunday 7 October 2012

K-BOX : Muara Hati


MUARA HATI - 
DATO' SITI NURHALIZA & HAFIZ AF


Lirik:

Cinta terpisah ruang waktu

Tetap cinta bersatu dalam hatiku

Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia


Ku percaya kemana pun kau berjalan

Suara cinta menuntunmu kepadaku

Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati


[Chorus]

Demi cinta dalam hatimu

Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu


Aku ada kerna kau ada

Dan cinta hatiku hanyalah untukmu


Jalanku tertuju padamu

Kemana pun kan pasti kembali


[Ulang chorus]
Demi cinta dalam hatimu

Biarkan aku merasuk

Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku


Demi cinta dalam hatimu

Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)

Cinta


Tuesday 2 October 2012

First Time Buat Tart Telur

Yea Yea Yea
1st time aku try buat tart telur ni..dah lama nak try buat, tapi orang kata tak sampai seru..
alhamdulillah menjadi jugak tart telur ni walaupun tak de la cantik cam beli kat kedai..
rasa pun sedap plus pastry nya rangup..sebab mood aku baik + rajin aku snap pic tart ni sebelum aku ngap sampai abeh.. selalunya tak menyempat nak snap pic aku dah ngap dulu..



Untuk adunan tart ni aku buat half jek..tak boleh buat banyak2 family aku 4 orang jek termasuk aku hehe so, kita buat la half dapat la dalam 20 biji  coz acuan sederhana jek..dapat sorang 5 bijik..
cukup la kan tok pestaim aku buat.. 


adunan sebenar tart ni agak manis so aku kurangkan sedikit gula dan lebih kan senyuman jek..
sukatan gula tu agak2 la kan..kalau nak manis ikut full resipi (kat bawah ye)..kalau nak sederhana manis 
60 g gula aising dan 1/2 cawan gula sudah memadai.. takmo manis2 ye..


Bahan- bahan (30 keping):

Pastry
200g Mentega
80g Gula aising
360g tepung gandum
1 biji Telur
1/2 sudu kecil Esen vanila

Filling:

1 cawan Susu cair
4 biji Telur
1 cawan Gula
1 cawan air
1 sudu besar kastard
1/2 sudu kecil Esen vanila
pewarna kuning

Cara-cara:

  1. Pukul mentega dan gula aising sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan vanila sedikit demi sedikit.
  3. Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
  4. Canaikan doh setebal 1/2 cm dan terap dalam acuan.
  5. Cucuk dengan garfu supaya tidak kembung.
  6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180.
  7. Keluar dan masukkan filling dan bakar selama 10 minit lagi sehingga masak.
  8. Untuk adunan filling.. Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.


***next time kita nak buat churros lak ye..

Sunday 30 September 2012

K-BOX : I WISH-FT ISLAND


I WISH-FTISLAND



Kita bukak kelab karok kat sini..yang suka lagu ni meh karok sekali yeh..

Baby naramyon jokesso guromyon jokkeso
lonely lonely oh sarang haejwo
do isangun honja igin shirunde uh uh uh I Love You

Wednesday 26 September 2012

Kek Tanpa Tepung

Beberapa minggu lepas, aku tengok rancangan Nigella Bites kat AFC channel.. dia ada buat kek tanpa tepung..aku tengok cam sedap jek kek ni..so,aku try buat kek tak guna tepung..rupa kek memang tak cantik pun tapi sedap..kalau kita tengok cam kek tak menjadi jek..

sukatan resipi ni aku tak catat pun..aku kira ingat bahan dalam kepala jek..then aku buat sukatan sendiri...ala try and error jek..alhamdulillah menjadi kek nya..rupa sama macam Nigella buat..

Bahan2:
4 biji telur
150 g coklat masakan
100 g mentega
2 sudu besar gula (tak nak pun takpe )
2 sudu besar horlicks (resipi asal takde, aku tmbh sndri)
1 sudu kecil vanila esen

1. Cairkan coklat (double boiled) dan masukkan mentega, kacau sehingga sebati. sejukkan sebentar.
2. Asingkan putih telur (3 biji) dan kuning telur (2 biji).
3. Pukul putih telur sehingga kembang dan pekat.. (test agak2 tuang tak jatuh kat kepala, hah jadi la tu)
4. Dalam bekas yang lain, pukul kuning telur, gula, vanila esen dan tambah 1 biji telur (putih + kuning) sehingga kembang.
5. Masukkan horlicks dan coklat dan kacau sebati.
6. Kemudian  masukkan putih telur tadi ke dalam adunan coklat dan kacau sehingga sebati..Semasa campur adunan putih telur kena kacau slow2 coz taknak  buihnya hilang..
7. Tuang adunan ke dalam loyang. sebelum itu lapis loyang dengan kertas (taknak bagi kek melekat kat loyang)
8.  Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 25-30 minit sehingga masak. (ikut kesesuaian oven korang ye)
9. Kalau nak lebih cantik, boleh hias mengikut kreativiti anda sendiri..

 p/s: kalau nak letak tepung pun boleh tapi tak jadi la nama kek tanpa tepung kan..kek ni lembab2 macam makan puding roti..


Tuesday 25 September 2012

Coke & Sundae II

XTVT memborong novel oleh aku (macam la beli byk sangat)..aku beli 5 bijik jek..
memula amek 1, tengok kiri kanan hah amek 1 lagi..last2 5 bijik..kalau ikut hati alamaknya 1 kedai aku borong hehe

1st novel aku amek of cos la Coke & Sundae II..novel Coke & Sundae yang first aku khatam 3 kali haha romantik komedi memang aku gelak guling2..sampai adik aku marah aku dok gelak sorang2..
Coke & Sundae II pun best cam novel 1st..aku suka sangat watak anak dia 'Ameerul' comel2 gitu..tak boleh blah suka gigit telinga orang haha  

Takmo la aku komen lebih2 nak tau baca sendiri.. aku baca novel ni 1 malam jek aku abeh kan..nah baca sinopsis jek..kalau best haa cari la kat kedai..




Sinopsis:

Siapa kata orang yang dah mendirikan rumah tangga, tiada ujian macam orang yang sedang bertunang? Orang yang dah berumah tangga ni lebih besar ujiannya, tau. Azyan sekarang sudah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa buat suami tercinta dan anak tersayang.

Kalau dulu gaduh-gaduh manja, kali ini naik segala periuk belanga. Itulah yang terjadi kepada Syakir dan Azyan apabila mereka diuji dengan kehadiran doktor jelita ala Kareena Kapoor-Katrina Kaif.

Katrina ni pula memang sengaja menjolok sarang tebuan. Tak kisah jadi bini nombor dua kepada Syakir. 'Masak' Azyan dibuatnya. Entah di mana silapnya Syakir berubah hati secara tiba-tiba. Azyan penasaran. Lelaki kemain ramai dalam dunia tapi Si Syakir juga yang menjadi pilihan anak perempuan Pak Kaif tu. 

Pening Azyan kali ni. bukan apa... Katrina guna khidmat bomoh. Mana aci, kan? Masalah... masalah!  


p/s: kena baca coke & sundae I baru baca coke & sundae II, best sangat..thumbs up :p

Wednesday 19 September 2012

Dinner Time

Malam tadi mak aku sesajer jek ngajak gi makan luar.. haaa ape lagi dah mak aku nak blanjer makan..
cecepat jek aku ngan adik bersiap..makan punya pasal laju jek siap nye..tak yah nak makeup bagai..
simple dah la..gi makan je pun..

Sampai kat kedai tu dalam kul 9.15pm..lepas order makan, layan tv3 Bukan Bidadari..
hah kau kul 10pm baru makanan aku siap..tandanya kedai tu memang ramai orang yerr..
ada aku kesah..janji makanan best, kenyang perut aku hehehe

Menu:
Nasi Goreng Ikan Masin + teh o ais (aku)
Nasi Goreng Pataya + teh o ais (adik)
Mee Ladna + teh tarik (abah)
Mi3 sup + teh o ais (umi)

total = RM 28.00

amacam murah kan..murah + sedap= perut kenyang senang hati :)

p/s: gambar memang takde..aku kan pemalas :p


Wednesday 12 September 2012

Khasiat Bunga Melur

Sebelum ni aku tak pernah tau khasiat bunga melur/jasmine..yang aku tau aku suka betul dengan bau bunga melur.. bunga melur ni kan aromaterapi yang ori..baunya dapat menenangkan minda..aku rasa tenang dan dapat tidur lena (aku kan ada simptom2 insomnia)..bangun pagi aku rasa badan ringan dan minda relax..

aku ada terbaca mengenai khasiat bunga melur ni..rupa-rupanya banyak gak khasiat dari bunga melur ni.. meh aku share apa yang aku baca..



1. Untuk demam dan sakit kepala.. ambil segenggam daun dan bunganya diramas dalam air dan airnya disapu ke dahi..ulang sehingga panas berkurangan..

2. Untuk sesak nafas, ambil 20 helai daunnya dirubus dengan secubit garam sehingga mendidih,. kemudian tapis dan minum airnya.

3. Untuk bengkak dari gigitan lebah, ambil segenggam bunganya diramas hingga hancur dan tampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.


4. Untuk sakit mata (mata merah) segenggam daun ditumbuk halus dan ditampal pada dahi. Setelah kering tampal yang lain pula. ulang sehingga berasa sedikit lega (sembuh)

5. Untuk menambahkan air susu ibu. caranya ambil beberapa daun bunga melur dan giling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara di waktu pagi sebelum mandi..kemudian cuci bersih sebelum menyusukan bayi..

6. Bagi ibu yang berhasrat untuk memberhentikan susu ibu, caranya dengan mengambil beberapa daun bunga melur ditumbuk lumat dan ditampal pada payudara

Selain itu, teh jasmine juga boleh mengurangkan tekanan darah tinggi dan kadar kolestrol, antioksida, mengurangkan stress, mencegah kanser tertentu, diabetes dan menguatkan sistem imun tubuh. Teh jasmine juga baik untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. Teh jasmine dapat merangsang badan kita untuk membakar kalori/lemak dan menyinkirkan toksid dalam badan melalui pembungan air besar.

Sunday 9 September 2012

8 Tips Penjagaan Kulit

Setiap orang tak kira perempuan ke lelaki perlu menjaga kesihatan kulit sama ada muka dan badan..
aku ada beberapa tips yang boleh amalkan..kalau tak amal tak jadi la ye..

1.  Membersihkan kulit
Untuk tampil cantik dan segar perkara yang wajib dilakukan setiap hari tak boleh malas..
haaa mesti lah mandi sekurang2nya 2x sehari lebih lagi baik la kan nak2 kalau badan kita kuat berpeluh..
kena la rajin mandi baru la badan sihat dan tak berbau.. 
Selain tu, pengunaan sabun pun penting tau terutama yang jenis kulit sensitif ni elakkan sabun/pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit..kang tersalah sabun maunya alergik satu badan (aku la tuh)..aku syorkan guna sabun dettol sensitif..sabun dari jenama lain pun ok gak..terpulang kat masing2 la..

Sekiranya anda mempunyai kulit kering ada baiknya guna sabun yang lembut (mild)..cari lah sabun yang sesuai dengan kulit anda..dan paling penting elakkan pengunaan air panas kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kering..

2.  Gunakan Pelembab selepas mandi




Pelembab membantu mengekalkan kelembapan kulit. Bagi mendapatkan kulit yang mulus amalkan memakai pelembab selepas mandi terutama apabila mengunakan air panas. kadar kelembapan kulit akan berkurangan  dan dengan memakai pelembab dapat mengembalikan/mengekalkan kelembapan kulit.
Pengunaan pelembab mengikut kesesuaian kulit. untuk kulit kering pengunaan minyak bayi (baby oil) sangat sesuai.. aku syorkan guna Bio Oil (boleh hilangkan parut juga). Bagi mereka yang mempunyai kulit berminyak, anda tidak perlu mengunakan pelembab..jika tidak kulit anda akan lebih berminyak dan mungkin akan mendatangkan masalah minyak berlebihan..

3.  Gunakan Toner
Toner berfungsi bagi menutup liang roma jika anda mempunyai kulit yang berminyak, ia akan membuatkan kulit menjadi kering serta mengecutkanya. Toner dapat mengawal minyak yang berlebihan dan menjadikan kulit lebih sihat.

4.  Gunakan bahan pelembab mata di sekeliling kelopak mata
Pengunaan 'eye roll-on' boleh mengurangkan keradangan pada kulit mata yang nipis dan sensitif.
Selain itu, dapat mengurang/menghilangkan lingkaran gelap bawah mata dan menjadikan mata kita lebih sihat dan bersinar. Banyak produk2 pelembab mata di pasaran, kita hanya perlu memilih produk2 yang sesuai dengan kulit kita..jika produk tidak sesuai boleh menyebabkan masalah pada kulit sekitar kelopak mata.

5.  Lindungi kulit daripada cahaya matahari
Kulit akan menjadi rosak jika terdedah kepada cahaya matahari. Oleh itu, gunakan krim pelindung matahari bila perlu..Krim pelindung yang mengandungi SPF dan lebih tinggi SPF lebih baik. Pelindung matahari perlu disapu semula selaps 2-3 jam selepas berenang.

6.  Bersenam
Ada sesiapa yang selalu bersenam?? Bersenam secara bersekala boleh melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuklah kulit dan ia juga dapat mengekalkan kesihatan kulit. apabila kita berpeluh segala bahan kumuhan dalam badan akan keluar melalui peluh dan menjadikan kulit kita bertambah sihat dan anjal.

7.  Amalkan pemakanan 
Pemakanan yang seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral menjadikan badan kita lebih sihat dan bertenaga..Apabila badan sihat, kulit pun bertambah sihat. amalan memakan sayuran dan buah-buahan yang kaya dangan vitamin adalah sangat baik untuk kesihatan kulit dan badan.
Dengan pengambilan makanan tambahan juga dapat menyihatkan tubuh badan serta kulit menjadi anjal (orang kata tak berkedut)

8.  Tidak Merokok
Katakan tak nak!!! Merokok menjejaskan kesihatan kita. bahan2 berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut dan paling kita takuti adalah boleh menyebabkan kanser..
Tidak bagus untuk kesihatan kita..

Sekian itu saja tips penjagaan kulit untuk kali ini..nantikan tips yang lain lak.. jadikan tips ini sebagai amalan..

Thursday 30 August 2012

Bride of The Sun

sape suka cerita korea angkat tangan!!
sayerrr sangat suka cerita korea (eh orang lain pun suka gak la)

Bride of the sun sekarang ditayang kan kat ONE tv asia (393) mesti la astro yang tayang hoho
best sangat kot cerita ni..tiap2 hari aku tercongok depan tv..fav channel..sejak ada ONE ni channel lain cam kurang sket la..melekat jek kat channel ni..

sorry ye One Tv Asia saya mencilok sinopsis yee..


"Bride of the Sun" is a story about the love and success of a woman who stands strong and heals the wounds of her family. Kim Hyo-won (Jang Shin-young), an intern, falls in love with Jin-hyuk (Jung Eun-woo), a tall and handsome young man who disguises his identity and works in the theme park. Caught in financial difficulties, she chooses to give up everything and marries a billionaire business tycoon.
Starring: Jang Shin-young (I Am Legend), Jung Eun-woo, Han Jin-hee, Yun Mi-joo.
saya suka..saya suka..tak sabar nak tengok ending cerita ni..

Tuesday 28 August 2012

Omey Sudah ???

Omey dalam kenangan

Minggu ke-2 puasa aritu Omey meninggalkan dunia yang fana ini..
untuk mengelakkan kekeliruan Omey adalah anak kucing yang ada dalam umah aku..
maaf ye..jangan terkeliru..

dah lama kan..aku yang bz tak sempat nak mengkhaborkan berita ni (ade ke orang nak baca ni)
tak pe saya tak kesah pun..

ceritanya cam ni..
aritu si omey ni dah sakit2 takmo makan..mak dia pun tak nak kasi susu..
mungkin Labu (nama mak si omey) dah tau kot anak dia tak sehat dan tunggu masa jek..
pagi tu aku tengok dah sehat sikit..mula nak manja plus gedik2..
aku malas nak layan main si omey ni.. so,aku wat tak tau la..takmo nak main2 heh ucuk okeh..
cian tau si omey dok main sekor2 jek..

tengah harinya bapak aku nak gi amek adik aku sekolah..haaa tahukah anda dimana si omey???
OMG!!!
ada bawah kereta..area tayar lak tu..tapi yang pelik nya badan dia tak kena tayar kereta..nampak elok jek..
rasanya dia dah mati sebelum bapak aku kuarkan kereta..nasib baik tak kena tayar kereta kalau tak..tak tau la nak cakap..then bapak aku tanam kat belakang umah..

lepas jek si omey mati..seminggu kemudia mak Labu lak mati..hmm sama gak kena tayar kereta..
haa si Labu ni memang suke sangat wat stunt slumber badak kuar dari bawah kereta masa tayar kereta bergolek..nasib tak baik kan dah kena tayar kereta..masa kena tu dia dah terhincut2 dah..mungkin kena tang  belakang/kaki kot..tak de la berdarah ape pun..mati elok jek..
bapak aku tanam sebelah anak dia si omey..

hmm tinggal 3ekor jek.. 1 jantan 2 betina..jadi la kan..ada gak bakal bertambah keturunan kucing kat umah aku ni..2 ekor kucing jantan lagi hilang tanpa di kesan..sampai sekarang tak jumpa2..mungkin ada yang sudi menjaga mereka..

sebagai ganti si omey..ada 2 lagi anak kucing yang baru lahir dan akan lahir..
orang tua2 kata tak boleh amek gambar kucing/binatang nanti binatang tu cepat mati..
hmm betul ke tak aku tak tau..secara kebetulan memang betul..dah banyak kali aku amek gambar kucing kat umah aku..yang tak amek gambar kekal hidup manakala yang aku amek gambar semua nya dah mati..
mungkin ada betul agaknya..semua tu ketentuan Illahi..dia yang maha mengetahui..

Monday 27 August 2012

Boring or Bosan

Apa yang anda buat untuk menghilangkan boring or bosan ye..
eh..eh..bukan ke boring or bosan tu membawa maksud yang sama..
hohoho

disebabkan aku terlebih bosan ni..melayan novel pun aku malas so aku layan lagu kat youtube
meh aku share video yang aku tengok...

mv dari Shinwaa-venus


mv Super Junior-No Other


bleh la nak hilangkan bosan2 pastu feeling2 aisehhhh tomei2 :)

Lama Ku Menghilang

Salam Aidilfitri..
buat sesiapa saja yang sudi intai2 belog saya 
walaupun baru beberapa bulan kemunculan belog ini..

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin..

ohhh yerr
lama kot saya tak memunculkan diri..hmm, dalam sebulan gak kan..
lama..lama..lama...
orang bizi la kata kan kih3 (bz la sangat)

ape yang saya buat yer..jap2 nak pikir sat..
haa, sepanjang bulan puasa aritu ada beberapa xtvt yang saya buat..

Pertama,
belajar jahit baju raya sendiri (gambar of cos la takde malu kot nak tunjuk)
haa, saya buat 2 pasang..alhamdulillah menjadi jugak baju nya..
tapi kan..ingatkan susah nak jahit baju ni..ghopernya sonang yo..
aisehh..satu hari boleh siapkan 1 pasang jek kih3
sungguh tak profesional..ish3
siap gak baju raya saya yer..(bangga kot first time belajar menjahit baju sendiri)

Kedua,
lepas siap baju haaa mesti la kena jahit manik2kan..baru nampak Kelasss kau Jah..
bab jahit manik aku memang dah pro sikit..tiap2 tahun aku jahit sendiri plus ngan baju mak n adik aku..
terbongkok2 aku menjahit manik..campur tolak darab bahagi akhirnya siap gak jahit maniknya..
perghh,memang pas menjahit sengal2 badan tapi aku puas hati dengan rekaan plus jahitan aku..
idok le aku pandai mana pun..boleh lah dari aku ngantor upah (mahal kot)..

Ketiga,
tahun ni makcik aku mintak aku buatkan biskut raya tok dia..disebabkan tahun ni aku rajin sikit so aku buatkan beberapa jenis..haha 5 jenis kot aku buat..banyak tak..ala sikit je tu..
antaranya :
almond london
sarang semut
cornflakes bermadu
badam bergajus
tart nenas

tu yang makcik aku punya..haa yang aku sendiri lak
tart nenas
meringue chip choclate
almond london
sarang semut
cornflakes bermadu
badam bergajus(extra dari tempahan)
kek lapis horlicks
brownies horlicks 

banyak tak? banyak kan..raya sakan aku dengan biskut raya haha
tahun2 sebelum ni aku buat biskut tunjuk2 jek..tahap kerajinan meningkat makanya aku terlebih rajin dan terhasil lah biskut2 dan kek2 tersebut hehe
sekarang semua tu dah nak abeh..kek stok 1 bijik jek setiap jenis..dah 1 bijik of cos la dah abeh nye..

kita tutup stori ni dulu..lain kali kita kasi lain cerita.. daaa




Wednesday 25 July 2012

Bunga Apakah Ini??


Bunga apakah ini..aku pun tak tau nama bunga ni..
hari tu aku gi jenjalan umah sedara then aku tengok bunga ni cantik..warna purple giteww..iloike :)
apa lagi aku mintak la anak pokok bunga ni..balik tanam..
lama kot baru berbunga hampir setahun gak baru berbunga..
sekarang hari2 berbunga.. yang dah gugur (amek yang elok) 
aku amek dan letak dalam gelas kaca (isi air tau)..tahan gak dalam 1 hari..
kalau yang dari pokok boleh tahan 3 hari kot..
aku rasa bunga ni cam spesis bunga bentuk loceng yang warna kuning tuh..
nama pokok tu pun aku tak tau hehehe







Monday 23 July 2012

Sakit + Malu

Alkisahnya...
Malam tadi lepas solat terawih..aku nak pakai selipar..
aku tengok asal selipar aku lain sebelah..
aku ingat ada orang yang tertukar selipar dengan aku..
aku tengok selipar tu cam selipar aku..
nak tak nak aku pakai je la kan..
takkan aku nak balik kaki ayam jek..

then,aku terus ke dewan makan (ade moreh ye)
dalam kepala aku dok pikir memang selipar aku kah?
masa jalan tu aku tak tengok jalan sangat ikut kaki (sambil berfikir)
tetiba aku terlanggar meja kopi kat kaki lima dewan..
hohoho
terkezut semua orang kat area dewan tuh..
dorang ingat aku tergelincir, haha
rupanya aku terlanggar meja tu..
(aku jalan dalam gelap, mana nak nampak meja tu kot)
malu2 kena gelak.

cover cun okeh..slumber jek aku masuk dewan..wat macam takde pape..
lepas tu mak aku tengok selipar aku..
hahh
kena bantai gelak dengan family aku lak..
sabar je la..

sampai umah aku tengok balik selipar aku..
hahh
kompem memang tu selipar aku..
memang aku pakai selipar lain sebelah plus aku terlanggar meja..
apa lagi kena gelak cukup2..

punya la aku tak sedar aku terpakai selipar sebelah lain..
malu aku boleh cover..huaaa
tang sakit ni dah lebam2 + bengkak kat paha
sakit okey terhincut2 aku dibuatnya...

P/S: morale of this story, aku kena lebih berhati2 di dalam gelap dan kena tengok selipar betul2..
buat malu tuan je la :(

Sunday 22 July 2012

Berpuasa di Perantauan

oppss, bukan oversea ye hehe nun kat utara malaysia jek..
dah nama nya utara mesti lah kat kedah yer...
konon2 merantau la sangat..
bukan jauh mana pun..kg aku kat pantai timur yer..
(dari pantai timur ke utara malaysia)
study kat kedah..bunyik cam dok oversea..propa jek lebeh hehe

dulu mana aku pernah jauh dengan family..sejak study kat kedah..
perghh pengalaman puasa dengan kawan2 jek..
huaaa

Masa aku sem 1, kali pertama aku berpuasa kat u..
duduk hostel 1 bilik 2 orang jek..si member lak tak makan sahur..
aku sorang jek yang bersahur ni..siap tapow mee goreng ke nasi goreng tok sahur ni..
beli awal2..tak suka aku makanan tu dah sejuk..tak selera nak makan...

so,
tok panaskan makanan tu mesti la aku guna teknik rendam dengan air panas..
ala teknik double boiled (kan senang)
begitu la kaedah nye sepanjang puasa..
jiran2 aku tak pernah buat kot..makan jek makanan sejuk tu..
ish2 benda senang kot..
kene pikior sikit la..

masuk sem2 yang seterusnya, aku curik2 guna rice cooker..masak tok aku sorang je la..
roomate aku memang pesen tak makan sahur kot..
ke malas nak bangun..suka hati depa ye..
tok isi perut aku
hahaha
aku masak nasi + kari ayam (makanan dalam tin)
kan senang..
tengah malam aku masak nasi..
time sahur aku panaskan makanan dalam tin..
lepas tu, apa lagi makan la sahur..
lambat2 kang abeh time sahur..

kalau dah boring makanan dalam tin..
aku beli ayam percik/ayam bakar kat bazar ramadan..
aku panaskan tok makan sahur..

Masa aku sem 5,6 kot (cos aku 4 tahun yer)
aku dok dengan akak senior (last sem ye)
dok berdua je tau..
paling best la..akak ni jenis makan sahur gak..
ada geng aku..akak ni gak jenis masak sendiri..
apa lagi kitorang main masak2 la..
rice cooker masing2..
aku masak makanan aku, akak senior masak makanan dia..
sendiri beli, sendiri masak..
taim sahur ada gak kawan bercakap :)

masa aku dok hostel (memang la kena dok hostel sampai abeh blajar,
u aku jek kasi budak dok hostel tak boleh dok luar) 
haaa korang dah boleh agak kan kat mana u tu kan..
of cos la uum :)

itulah pengalaman aku berpuasa kat hostel..
nak makan panas2  macam kat umah kena la pandai2 cari alternatif sendiri..
kalu tak makan je apa yang ada ;)

sekian dulu yerr..

Friday 20 July 2012

Salam Ramadan

Cepat nya masa berlalu..pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadan..
Alhamdulillah..
tahun ni dapat lagi kita mengerjakan rukun islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan..

Mulai besok kita dah start berpuasa selama sebulan.. 
bersahur dan berbuka saat yang ditunggu2 oleh semua
of cos la kan makan time..

Makan2 jugak solat terawih jangan dilupa..
asal kenyang jek mesti dah malas nak bergerak..
no no no
makan tu kita haruslah berpada2 jangan ikut nafsu makan
makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang
ingat yerr kawan2.. 

haaa kepada sesiapa yang culas berpuasa..
sila2 la bawak bertaubat dan laksanakan kewajipan anda..

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa :)